Sunday 18 December 2016

Rindu

Assalamualaikum. Lamanya Intan tinggalkan dunia blog. Intan sekarang banyak leka dan alpa. Sungguh tak dinafikan, Intan terlalu sibuk mengejar dunia. Sehingga kadang tu lupa Allah murka. Tapi, Intan rindu. Benar rindukan semuanya yang pernah hadir dalam hidup Intan sejak dulu, Entah apa yang terdetik untuk Intan menaip kembali. Mungkin Intan nak ucapkan rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah Azza Wajalla. Kerana apa? Alhamdulillah makin lama, Intan dah dapat rasa kemanisan Iman itu apa. Benar sayang, Intan dulunya jahat dan jahil. Sekarang Intan mula meniti titian menjadi seorang hambaNya yang solehah. Benar Intan tidak baik. Tapi benarkan Intan buktikan pada semua Intan bukan seorang perempuan yang biasa biasa. Kerana apa yang sahabat Intan selalu pesan, Syurga bukan buat orang yang biasa. Ia buat orang yang luar biasa. Jadi izinkan Intan untuk buktikan pada semua terutamanya Arwah Mak bahawa Intan anak Mak yang gemarkan cabaran berjihad dalam hidup. Entah kenapa kadang bila dah terlalu baik dengan manusia, kita rasa penat. Bukan penat untuk buat kebaikan, tapi penat untuk menghadap mereka yang sentiasa memandang hina. Intan manusia, mungkin sekarang ramai antara mereka mengejar cinta manusia. Persis Intan. Tapi Intan cuba tabahkan hati untuk jadi manusia yang mengejar Cinta Ilahi. Tuhanku, benar aku rindu. Kalau diberi pilihan dalam hidup Intan. Intan akan memilih untuk bersama Mak jerit perih hidup didunia. Tapi, benar juga Mak sebenarnya dah tak larat dengan drama dunia. Allahu, Intan benar rindukan arwah Mak. Mak, jika semua pandang Intan tabah. Sebenarnya Intan sedang rebah. Jika mereka pandang Intan kuat, Sebenarnya Intan hampir tersungkur. Sentiasa Intan berniat, Intan buat kebaikan semata mata kerana nak Mak dan Ayah bangga ada anak macam Intan. Sebenarnya Intan teringin menjadi muslimah sejati. Tapi Mak, Ayah, Intan tak punya ilmu agama yang tinggi. Kenapa entah malam ni sayupnya rasa. Seperti benar benar Mak mendakap erat Intan. Seperti benar benar Ayah mencium hangat dahi Intan. Seperti benar benar Allah itu menunggu tangisan Intan. Ayah, Intan rindukan ayah. Intan harap ayah dekat sana sihat. Janji Intan itu satu. Intan nak bahagiakan ayah sebelum ayah pergi. Walau apa pun terjadi, Intan tetap sayangkan ayah dunia akhirat. Mak Ayah, alangkah bagusnya kalau kalian ada bersama Intan sekarang disisi. Rindunya hanya Allah yang tahu. Mak, bahagialah disana. Intan disini InsyaAllah mencari jalan pulang bersama keluarga kita. Maha Pengasih, kuatkan aku untuk terima segala ujian dariMu. Sesungguhnya benar aku ingin menjadi seorang wanita yang mampu menggegar dunia dakwah yang arash Allah. Amiin, Ya rabb. Assalamualaikum.