Sunday 6 August 2017

Fight for Future

Assalamualaikum semua.
Jujur rindunyaaaa. Intan Alhamdulillah tengah free sekarang ni. Tahu Intan buat apa? Intan attend untuk praktis Teater yang InsyaAllah akan dipertandingkan pada akhir bulan 9 ni. Intan tak berlakon la jangan risau hahahaha. Mesti runtuh pentas teater kalau Intan jadi pelakon kan. So Intan hanyalah krew skrew driver dekat belakang pentas. Hahhahaha okay tak kelakar. Intan dekat sini sibuk sangat tapi Intan tak lupa kawan kawan tauuuu. Alahai rindunyaaaaaaaaa nak peluk cium. Semoga kita diberi kesihatan dan umur yang panjang untuk berjimba okay sayang. Kalian, doakan Intan okay mampu hadap semua ni. Kalau korang tahu Intan masuk apa kat sini, mesti korang ingat Intan bapakkkk ah tamak haloba kecik kecik taknak mati besar besar macam hantu. Hahahahaha takdelah, Korang ingattak? Intan datang sini mula mula dengan niat apa? Intan nak balik bawak kejayaan kan untuk keluarga. Jadi, Intan datang sini cari sebanyak mana pun ilmu dan pengalaman yang boleh Intan guna untuk masa depan. Jadi Alhamdulillah Intan dapat banyakkkk sangat peluang yang mendewasakan dekat sini. Taktahu kenapa, mencurah mencurahh Allah bagi rezeki untuk Intan cuba banyak benda. Okay contoh apa Intan dapat dekat sini. Intan belajar memegang amanah. Intan masuk Mpp, Intan dapat Prs dan paling amanah Intan diberi kepercayaan untuk membawa sahabat yadim naik bagi student kat sini tahu bahawa dekat IPT ada platform untuk berdakwah secara santai. Intan tahu tak mampu untuk Intan bawak semua amanah besar ni. Tiga tiga badan kepimpinan ni Intan jawatan tertinggi. Tapi insyaAllah Intan nak lepas mungkin satu dua jawatan ni untuk mereka yang lebih layak. Tahu apa yang berat sangat Intan nak lepas? Intan berat nak lepaskan Sahabat Yadim.Sebab? Intan percaya sangat amanah ni dari Allah. Dulu, Intan kerap berdoa nak jadi seoang muslimah yang betul betul kuat. Tup tap tup tap, Intan dapat pergi kem yang Intan taktahu pun itu kem Qiyadi Sahabat Yadim. Bila balik kem je, terus diberi amanah dilantik menjadi Majlis Tertinggi . yang diberi tanggungjawab? Bawa Sahabat Yadim ni dekat IPT masing masing. Masatu strugglenya Intan dengan kawan kawan baik Intan untuk nak fikir cara apa kitorg nak tunjuk dekat student yang Sahabat Yadim ni wujud. Tahu? masa mula mula takde siapa pun kenal apa itu Sahabat Yadim. Frustnya masyaAllah taktahu macam mana nak buat semua student tahu organisasi ni untuk apa? Jadi kami pun bertungkus lumus buat kertas kerja, mintak kelulusan CEO Yadim (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) Untuk dapatkan dana buat program buat kem yang nak ajak semua student join. Susah tahutak sebab masatu Intan baru sem 1. Alahai masih mentahnyaaa waktu tu. Kertas kerja yang pertama direjek sebanyak dua kali dan kali ketiga Alhamdulillah diluluskan. YADIM bagi dana RM500.00 tapi semua tu tak senang macam tu je. Intan kena bawak kertas kerja jumpa Pengarah. Cuma waktu tu Alhamdulillah Pegawai HEP yang banyakkk sangat tolong. Dia yang guide kitorg buat bahagian minta bajet semua tu.Tapi? dia kata kalau nak dia tolong kitorg kena masuk Majlis Perwakilan Pelajar. Sebab tu lah dapat jawatan tu. Bukannya melampau sangat gila kuasa nak semua jawatan ke apa ke. Emm okay sambung so kami cuba mintak RM6000 dari Poli dan kami tak berharap pun akan dapat sebanyak tu. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan, bajet RM 6000 tu diluluskan dan sikit pun bajet dari Sahabat Yadim tak usik. Jadi korang faham tak kenapa Intan sayang sangat Sahabat Yadim ni. Jadi Program pertama yang Intan dapat pengalaman besar, Bila Intan jadi Pengarah Program untuk Kem Rehlah 3 Hari 2 Malam dekat Kem Damai,Bukit Keluang. Huh, masatu atas bahu beratnya Allah je tahu. Banyakkkk sangat salah silap Intan dalam handle program tu. Tapi Intan brsyukur sangat. Intan ada Ikmal, Syahmi, Aisyah, Umi, Laila, Ain, Iylia dan semuaaaaalahh jujur masa Intan sibuk sangat sampai takde selera nak makan, dioranglah selalu sebelah Intan. Janji kami nak naikkan Yadim. Dan Intan taklupa, sebabkan AnisZulaika lah kertas kerja kali ketiga tu diluluskan. Kami buat tengah malam tahutak. Sungguh sungguh perah otak. Cuma Anis takboleh nak join program waktu tu sebab? Dia kena balik Kelantan. Sedih jugaklah. Sebut pasal Ikmal dengan Syahmi. Diorang tengah praktis teater tu hahahahaha. Intan tak kuat nak pandang sebab diorang berlakon kan hhahahahaha tapi biarlah Intan selalu support apa pun kekasih hati Intan tiga ketul tu buat. Biarlah diorang tak pernah mengaku pun Intan bestfriend diorang. Intan takkisah sebab susah senang Intan, diorang ada. Dan janji, InsyaAllah susah senang diorang Intan nak selalu ada. Selain dari tiga jawatan yang Intan pegang tu dengan kekasih hati tiga ketul, kami pun join Animasi. Projek besar IPT kami. Selain teater yang Intan akan busy sangat nak mati mungkin akhir bulan 8 Intan start dengan tugas krew, Intan nak jugakkk terpilih dalam Animasi Fasa Tiga. Doakan okayyyy. Doakan Intan Syahmi Ikmal Athi dapat join Animasi untuk seterusnyaaa. Then Intan pun sibuk untuk tugas Akrab, kalau nak cerita tak habis malam ni. So doakan tauuu Semoga Nor Intan Syawani Binti Mohamad Nazir ditauliahkan menjadi Akrab Siswa pada bulan 10 ni dekat Putrajaya. Next Intan jugak busy dengan somekind of (secret) Intan buat dengan bespren yang selalu anggap Intan sampah --' Biarlah dia. And lastlyyyy, Masa depan yang Intan tengah berusaha dapatkan segulung diploma ni. InsyaAllah degree pun Intan nak sambung Electrical Engineering ni. Sebab? nak transfer kredit jadi degree singkat je la hahahahaha. Tu InsyaAllah, Tan will fight for future dan semestinyaaaa for family. Guys, Intan tahu Intan jauh sangat sekarang dari korang.Tapi, bila Intan balik, Intan tak pernah pun tolak bila korang ajak lepak atau jenjalan kan. So? cuma kekangan kita sebab masing masing ada komitmen sendiri. Ada yang jauhhh susah nak balik. Contohnya? Tan hahahahaha. Em guys tahutak Intan buat entry ni dalam laptop Syahmi tau hahahaha. Guna dia punya. Risau pulak kena marah so Intan must go now. Intan nak off dah okayy jangan risau ada masa Intan update lagi eh. Intan sayang korang. Goodnight, Fi Hifzillah. Assalamualaikum.