Sunday 6 August 2017

Fight for Future

Assalamualaikum semua.
Jujur rindunyaaaa. Intan Alhamdulillah tengah free sekarang ni. Tahu Intan buat apa? Intan attend untuk praktis Teater yang InsyaAllah akan dipertandingkan pada akhir bulan 9 ni. Intan tak berlakon la jangan risau hahahaha. Mesti runtuh pentas teater kalau Intan jadi pelakon kan. So Intan hanyalah krew skrew driver dekat belakang pentas. Hahhahaha okay tak kelakar. Intan dekat sini sibuk sangat tapi Intan tak lupa kawan kawan tauuuu. Alahai rindunyaaaaaaaaa nak peluk cium. Semoga kita diberi kesihatan dan umur yang panjang untuk berjimba okay sayang. Kalian, doakan Intan okay mampu hadap semua ni. Kalau korang tahu Intan masuk apa kat sini, mesti korang ingat Intan bapakkkk ah tamak haloba kecik kecik taknak mati besar besar macam hantu. Hahahahaha takdelah, Korang ingattak? Intan datang sini mula mula dengan niat apa? Intan nak balik bawak kejayaan kan untuk keluarga. Jadi, Intan datang sini cari sebanyak mana pun ilmu dan pengalaman yang boleh Intan guna untuk masa depan. Jadi Alhamdulillah Intan dapat banyakkkk sangat peluang yang mendewasakan dekat sini. Taktahu kenapa, mencurah mencurahh Allah bagi rezeki untuk Intan cuba banyak benda. Okay contoh apa Intan dapat dekat sini. Intan belajar memegang amanah. Intan masuk Mpp, Intan dapat Prs dan paling amanah Intan diberi kepercayaan untuk membawa sahabat yadim naik bagi student kat sini tahu bahawa dekat IPT ada platform untuk berdakwah secara santai. Intan tahu tak mampu untuk Intan bawak semua amanah besar ni. Tiga tiga badan kepimpinan ni Intan jawatan tertinggi. Tapi insyaAllah Intan nak lepas mungkin satu dua jawatan ni untuk mereka yang lebih layak. Tahu apa yang berat sangat Intan nak lepas? Intan berat nak lepaskan Sahabat Yadim.Sebab? Intan percaya sangat amanah ni dari Allah. Dulu, Intan kerap berdoa nak jadi seoang muslimah yang betul betul kuat. Tup tap tup tap, Intan dapat pergi kem yang Intan taktahu pun itu kem Qiyadi Sahabat Yadim. Bila balik kem je, terus diberi amanah dilantik menjadi Majlis Tertinggi . yang diberi tanggungjawab? Bawa Sahabat Yadim ni dekat IPT masing masing. Masatu strugglenya Intan dengan kawan kawan baik Intan untuk nak fikir cara apa kitorg nak tunjuk dekat student yang Sahabat Yadim ni wujud. Tahu? masa mula mula takde siapa pun kenal apa itu Sahabat Yadim. Frustnya masyaAllah taktahu macam mana nak buat semua student tahu organisasi ni untuk apa? Jadi kami pun bertungkus lumus buat kertas kerja, mintak kelulusan CEO Yadim (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) Untuk dapatkan dana buat program buat kem yang nak ajak semua student join. Susah tahutak sebab masatu Intan baru sem 1. Alahai masih mentahnyaaa waktu tu. Kertas kerja yang pertama direjek sebanyak dua kali dan kali ketiga Alhamdulillah diluluskan. YADIM bagi dana RM500.00 tapi semua tu tak senang macam tu je. Intan kena bawak kertas kerja jumpa Pengarah. Cuma waktu tu Alhamdulillah Pegawai HEP yang banyakkk sangat tolong. Dia yang guide kitorg buat bahagian minta bajet semua tu.Tapi? dia kata kalau nak dia tolong kitorg kena masuk Majlis Perwakilan Pelajar. Sebab tu lah dapat jawatan tu. Bukannya melampau sangat gila kuasa nak semua jawatan ke apa ke. Emm okay sambung so kami cuba mintak RM6000 dari Poli dan kami tak berharap pun akan dapat sebanyak tu. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan, bajet RM 6000 tu diluluskan dan sikit pun bajet dari Sahabat Yadim tak usik. Jadi korang faham tak kenapa Intan sayang sangat Sahabat Yadim ni. Jadi Program pertama yang Intan dapat pengalaman besar, Bila Intan jadi Pengarah Program untuk Kem Rehlah 3 Hari 2 Malam dekat Kem Damai,Bukit Keluang. Huh, masatu atas bahu beratnya Allah je tahu. Banyakkkk sangat salah silap Intan dalam handle program tu. Tapi Intan brsyukur sangat. Intan ada Ikmal, Syahmi, Aisyah, Umi, Laila, Ain, Iylia dan semuaaaaalahh jujur masa Intan sibuk sangat sampai takde selera nak makan, dioranglah selalu sebelah Intan. Janji kami nak naikkan Yadim. Dan Intan taklupa, sebabkan AnisZulaika lah kertas kerja kali ketiga tu diluluskan. Kami buat tengah malam tahutak. Sungguh sungguh perah otak. Cuma Anis takboleh nak join program waktu tu sebab? Dia kena balik Kelantan. Sedih jugaklah. Sebut pasal Ikmal dengan Syahmi. Diorang tengah praktis teater tu hahahahaha. Intan tak kuat nak pandang sebab diorang berlakon kan hhahahahaha tapi biarlah Intan selalu support apa pun kekasih hati Intan tiga ketul tu buat. Biarlah diorang tak pernah mengaku pun Intan bestfriend diorang. Intan takkisah sebab susah senang Intan, diorang ada. Dan janji, InsyaAllah susah senang diorang Intan nak selalu ada. Selain dari tiga jawatan yang Intan pegang tu dengan kekasih hati tiga ketul, kami pun join Animasi. Projek besar IPT kami. Selain teater yang Intan akan busy sangat nak mati mungkin akhir bulan 8 Intan start dengan tugas krew, Intan nak jugakkk terpilih dalam Animasi Fasa Tiga. Doakan okayyyy. Doakan Intan Syahmi Ikmal Athi dapat join Animasi untuk seterusnyaaa. Then Intan pun sibuk untuk tugas Akrab, kalau nak cerita tak habis malam ni. So doakan tauuu Semoga Nor Intan Syawani Binti Mohamad Nazir ditauliahkan menjadi Akrab Siswa pada bulan 10 ni dekat Putrajaya. Next Intan jugak busy dengan somekind of (secret) Intan buat dengan bespren yang selalu anggap Intan sampah --' Biarlah dia. And lastlyyyy, Masa depan yang Intan tengah berusaha dapatkan segulung diploma ni. InsyaAllah degree pun Intan nak sambung Electrical Engineering ni. Sebab? nak transfer kredit jadi degree singkat je la hahahahaha. Tu InsyaAllah, Tan will fight for future dan semestinyaaaa for family. Guys, Intan tahu Intan jauh sangat sekarang dari korang.Tapi, bila Intan balik, Intan tak pernah pun tolak bila korang ajak lepak atau jenjalan kan. So? cuma kekangan kita sebab masing masing ada komitmen sendiri. Ada yang jauhhh susah nak balik. Contohnya? Tan hahahahaha. Em guys tahutak Intan buat entry ni dalam laptop Syahmi tau hahahaha. Guna dia punya. Risau pulak kena marah so Intan must go now. Intan nak off dah okayy jangan risau ada masa Intan update lagi eh. Intan sayang korang. Goodnight, Fi Hifzillah. Assalamualaikum.

Sunday 18 December 2016

Rindu

Assalamualaikum. Lamanya Intan tinggalkan dunia blog. Intan sekarang banyak leka dan alpa. Sungguh tak dinafikan, Intan terlalu sibuk mengejar dunia. Sehingga kadang tu lupa Allah murka. Tapi, Intan rindu. Benar rindukan semuanya yang pernah hadir dalam hidup Intan sejak dulu, Entah apa yang terdetik untuk Intan menaip kembali. Mungkin Intan nak ucapkan rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah Azza Wajalla. Kerana apa? Alhamdulillah makin lama, Intan dah dapat rasa kemanisan Iman itu apa. Benar sayang, Intan dulunya jahat dan jahil. Sekarang Intan mula meniti titian menjadi seorang hambaNya yang solehah. Benar Intan tidak baik. Tapi benarkan Intan buktikan pada semua Intan bukan seorang perempuan yang biasa biasa. Kerana apa yang sahabat Intan selalu pesan, Syurga bukan buat orang yang biasa. Ia buat orang yang luar biasa. Jadi izinkan Intan untuk buktikan pada semua terutamanya Arwah Mak bahawa Intan anak Mak yang gemarkan cabaran berjihad dalam hidup. Entah kenapa kadang bila dah terlalu baik dengan manusia, kita rasa penat. Bukan penat untuk buat kebaikan, tapi penat untuk menghadap mereka yang sentiasa memandang hina. Intan manusia, mungkin sekarang ramai antara mereka mengejar cinta manusia. Persis Intan. Tapi Intan cuba tabahkan hati untuk jadi manusia yang mengejar Cinta Ilahi. Tuhanku, benar aku rindu. Kalau diberi pilihan dalam hidup Intan. Intan akan memilih untuk bersama Mak jerit perih hidup didunia. Tapi, benar juga Mak sebenarnya dah tak larat dengan drama dunia. Allahu, Intan benar rindukan arwah Mak. Mak, jika semua pandang Intan tabah. Sebenarnya Intan sedang rebah. Jika mereka pandang Intan kuat, Sebenarnya Intan hampir tersungkur. Sentiasa Intan berniat, Intan buat kebaikan semata mata kerana nak Mak dan Ayah bangga ada anak macam Intan. Sebenarnya Intan teringin menjadi muslimah sejati. Tapi Mak, Ayah, Intan tak punya ilmu agama yang tinggi. Kenapa entah malam ni sayupnya rasa. Seperti benar benar Mak mendakap erat Intan. Seperti benar benar Ayah mencium hangat dahi Intan. Seperti benar benar Allah itu menunggu tangisan Intan. Ayah, Intan rindukan ayah. Intan harap ayah dekat sana sihat. Janji Intan itu satu. Intan nak bahagiakan ayah sebelum ayah pergi. Walau apa pun terjadi, Intan tetap sayangkan ayah dunia akhirat. Mak Ayah, alangkah bagusnya kalau kalian ada bersama Intan sekarang disisi. Rindunya hanya Allah yang tahu. Mak, bahagialah disana. Intan disini InsyaAllah mencari jalan pulang bersama keluarga kita. Maha Pengasih, kuatkan aku untuk terima segala ujian dariMu. Sesungguhnya benar aku ingin menjadi seorang wanita yang mampu menggegar dunia dakwah yang arash Allah. Amiin, Ya rabb. Assalamualaikum.

Tuesday 28 June 2016

His Servant

Bila kau tengah jatuh, bila kau rasa down sangat. Rasa tak mampu dah nak lalui semuanya. Bila kau dah rasa giveup dengan life. Putus asa seputus putusnya. Bila kau memang dah rasa takkan kuat. Semangat tu hilang. Rebah, rapuh luluh seketul daging dalam badan yang bernama hati. Hancur semuanya. Kau rasa takde siapa nak faham kau. Rasa tak penting pun untuk kau wujud di dunia ni. Rasa kau terlalu bodoh dan menyusahkan semua orang. Rasa bebal kerana buat dosa yang kau sendiri tak mampu kawal. Bila kau rasa nak menangis tapi semua kawan tak hirau. Bila kau cerita mereka tak endah. Bila kau cuba happy mereka fikir kau paling bahagia. Bila kau kuatkan hati taknak menangis sebab rasa takde yang sayang kau. Kau kecewa semua orang lupa kau juga perlukan perhatian. Bila kau pandai tapi sikit pun tak dihargai. Bila kau kaya tapi tak disayangi. Bila kau miskin malah dihina durjana. Bila kau dah usaha tapi tak menjadi. Bila kau dah cuba tapi kau gagal. Dan Bila kau baca semua ni, sebenarnya kau lupa, ya, kau tu yang lupa Pencipta kita. Tak. Aku tak baik pun. Aku pernah rasa sebahagian dari apa yang mereka diluar sana rasa. Dan bila aku fikir balik, rupanya aku belum letak Allah dalam hati. Berapa ramai yang sungguh sungguh hanya Allah yang pertama dihati? Ya aku tahu semua nak. Tapi aku tanya berapa ramai? Tak, tak ramai punkan. Aku tak menafikan yang lahir daripada keluarga yang bukannya warak susah sangat nak letak Allah tu setingginya. Betulkan? Sebab aku pun macam tu. Tapi mungkin aku bertuah sebab aku masih tahu batas semuanya. Walau kadang tu aku pun buat dosa melampau. Tu aku. Aku lupakan bila aku senang. Bila aku jatuh? Aku salahkan Allah. Syaitan kata, "buat apa nak doa dari Allah sedangkan Allah tu sikit pun tak pandang insan hina macam kau". Weh, tu Syaitan kata. Dulu pun bila aku jatuh, kerap aku salahkan takdir Allah. Macam macam aku soal. Sampai dah rasa diri ni Tuhan. Tambahnya bila Mak aku dah meninggal. Kalau kau perasan, sampai sekarang hanya sekali dua je aku guna perkataan "Arwah" untuk Mak aku. Aku jahat sebenarnya. Tak pernah nak buat mak aku bahagia ada anak macam aku. Bila dah takde Mak tu? Sampai sekarang menyesalnya tak sudah. Rasa macam memang dah ahli neraka. Kau tu derhaka. Semua tu bila Iman aku betul betul paras hidung. Aku fikir Allah tu tak pernah pun nak kisah pasal hidup aku. Dia main bagi je apa yang dia nak. Aku jahat, betul aku cakap. Aku selalu down sendiri. Aku ni salah satu manusia yang sangat negatif.

TAPI, PERCAYALAH. Sebenarnya sikit pun Allah tak pernah lupakan kita. Allah atur semua ni cantik sangat. Kau taktahu kasih sayang Allah tu terlalu besar dan bila kau sedar kau akan menangis sebab kau HAMBA YANG SANGAT JAHIL DAN BODOH DURJANA! YA AKU CAKAP KAU BODOH! Kau persoalkan apa yang Allah dah aturkan. Wei kalau kau tahu skrip kehidupan kau macam mana. Kau lah yang paling bahagia. Percayalah, aku bukan seorang muslimah atau wanita yang solehah, tapi aku pernah rasa sakitnya bila kau sayang orang yang tak sayangkan kau. Kau tak fikir ke Allah tu Sayang kat kita tapi kau? Berlagak macam kau Tuhan yang cipta alam semesta. Satu je aku nak pesan. Hargai Mak kau. Hargai Ayah kau. Jangan kagum sangat dengan dunia fana ni. Percayalah Allah tu sayang kau. Dia tengah atur yang terbaik untukkau. Weh sabarlah. Aku tahu gembira mana pun kau dalam dunia ni. Kau mesti ada satu perasaan yang kau nak cari satu ketenangan yang puas. Aku pernah baca. Orang kafir pun nak cari Allah wei. Allah kita wei. Its come with words "The Fear Of Unknown". Aku tahu kau tengah cari jalan nak berubah. Satu je aku nak cakap, Bila rasa nak sangat mengadu dan sujud kat Allah tu. Teruslah ambil wudu'. Terus solat. Lama lama kau akan rasa, itulah apa yang Allah nak tunjuk. Allah sayang kau. Aku pun sayangkan kau.

HIS SERVANT, norintansyawani.

Monday 20 June 2016

Sayup

Assalamualaikum. Bila korang baca je apa yang Intan taip ni, maka termaktublah Intan tengah mulakan hidup baru. As a student maybe? Alhamdulillah, Intan kat sini okay okay je. Banyak pengalaman baru yang Intan dapat belajar kat sini. Tahutak? Intan minta bunga dari Allah. Tapi Allah bagi Intan madu yang sesungguhnya lebih indah rasanya dari manisan di bunga. Intan dapat natural madu from lebah. Hahaha. Alhamdulillah, kat sini Intan dapat ramai kawan yang baik. Yang boleh bertolak ansur. Cuma, itulah mana nak sama dengan kawan kawan Intan semua yang kat Perak. Duduk sini, tak terlepas pun dari dugaan. Allah sayang kan. Jadi kena kuat. Sebenarnya, lately ni Intan sungguh rindukan Mak. Apa tah reaksi Mak kalau mak tahu Intan masuk belajar jauh dari tempat asal. Mesti Mak seronok kan? Along kata, "dulu dah penat tahan semua. Sekarang Allah hantar kamu jauh dari sini. Allah bagi kamu tempat yang sangat tenang". Taktahu kenapa, Intan dah penat nak susahkan semua orang yang Intan sayang. Intan rasa nak hidup sendiri. Intan belajar sendiri. Dah senang nanti Intan balik. Masatu baru Intan nak buktikan kat semua orang, Intan pernah usaha untuk jadi yang terbaik. Cuma sebelum ni kecundang sebab Mak pergi tanpa amaran. jauh macamtu je. Ya, SPM Intan buat main main. Sebab Intan rasa untuk apa nak belajar. Siapa pun takkisah pasal hidup aku lepas Mak takde. Anak bongsu ni orang kata manja. Intan luaran manja. Tapi Alhamdulillah, sejak dua tahun lepas, Mak ajar Intan hidup berdikari. Berdiri atas kaki sendiri. bukan berharap pada ranting yang rapuh. Pada semua kawan Intan yang rasa Intan makin jauh. Intan kat sini tengah cuba sesuaikan diri. Kadang takde masa lansung nak bukak phone. Malam kadang dah penat. Intan tengah cuba nak hidup sendiri. Intan mohon doa kalian. Intan tahu korang rindu lawak jenaka Intan kan. Intan takkan berubah. Cuma Intan akan perbaiki diri kat sini. Mak, Intan minta maaf kalau kadang Intan terlupa dengan Mak. Kalau terkadang Intan masih menolak takdir. Sebabkan itulah, Intan kecundang sekarang. Mak, taktahulah kenapa. Rindunya yang teramat sampai buatkan Intan selalu sedih bila kawan sebilik Intan sebut pasal makanan yang mak diorang masak kat rumah. Hahahahahaha nampak kelakar. Tapi, luluhnya hati tu, Allah je tahu. Bila kita takpernah pun rasa air tangan Mak kita. Sebab Mak dah sakit sejak Intan darjah satu lagi. Dan bila mak dah jauh sejak dua tahun lepas. Hidup ni bila kita kuat, terasa macam nak rebah sendiri. Tengok apa yang orang ada. Dengan apa yang kita takde. Bukan nak bandingkan atau menolak takdir Allah. Cuma, kenapa manusia lumrahnya susah nak bersyukur dengan apa yang ada? Kenapa manusia fitrahnya takkan menghargai sehingga dah tiada baru tercari? Intan tak marah. Tapi, kesalnya bila melihat semua orang walaupun dah tua masih merasai air tangan masakan ibunya. Tapi Intan, mungkin kalau kali terakhir rasapun waktu Intan umur 5 atau 6 tahun. Dah la Intan, jangan mengeluh dengan apa yang tertulis. Ada pelangi nanti untuk kau okay. Kuatlah Intan. Along Akak Abang, Nanti Intan balas semua jasa jasa korang eh. Along, tak terucap rasanya nak keluarkan sebesar Terima Kasih selama ni jadi kekuatan Intan walaupun sebenarnya Intan takboleh nak kuat. Akak, walaupun kita banyak gaduh. Sekarang kau dah kawin pun. Jaga baby yang bakal lahir tu. Aku sayang anak kau lebih dari nyawa aku sendiri. Sama macam anak anak Along. Abang, ko tahutak ko lah sorangnya abang aku yang terlalu sempurna untuk aku jadi adikk ko. Terima Kasih ko selalu bagi aku nasihat yang akan aku pegang sampai aku jumpa jodoh sebenar aku. Nanti, aku nak bahagiakan kau. Sebab kau selalu kuat bila family kau rebah walaupun aku tahu, kau pun terlalu rindukan Mak kita. Jaga diri eh Abang. Ayah tersayang. Terima kasih sebab selalu ajar Intan perkara untuk Intan lebih berhati hati dalam hidup ni. Tapikan ayah, tolong benarkan Intan bahagiakan Ayah dulu sebelum Ayah nak ikut jejak Mak. Intan tahu Intan anak tak baik macam anak solehah orang lain. Tapi, Intan nak sangat buat ayah gembira sampai ayah rasa bertuahnya Ayah ada anak macam Intan. Ayah, hanya Ayah yang Intan perlu. Hanya doa Ayah yang akan buat Intan berjaya. Doakan Intan eh Ayah. Setiap anak tak mampu nak luahkan depan depan. Persis Intan, Intan tak mampu nak tunjuk sayang Intan ni. Tapi, macam Ayah jugak, Ayah nak terbaik untuk Intan kan. Intan sejuta kali rasa nak yang terbaik buat Ayah Intan ni. Nanti kita satu keluarga jumpa kat pintu Syurga okayy. Mak dengan kakak Aisyah dah tunggu. Nanti kita masuk sama sama eh. Mak, takkuatnya nak cakap. Mak tunggu Intan eh. Mak, Intan nak balik bilik dah. Nanti Intan email Mak lagi okay. Mak kat sana jaga diri. Nanti berbuka masaklah untuk Intan hantar kat sini. Intan, Intan pergi dulu Mak. Assalamualaikum.

                                                                                                  Yang Ikhlas,
                                                                                                   Nor Intan Syawani.
                                                                                                   (Anak Bongsu Mak)

Sunday 10 April 2016

Sakit sangat.

Assalamualaikum. YaAllah baru harini dapat bukak blog balik. Sungguh Intan rindu nak berkarya eceii. Intan kalau dengan blog ni dia akan rasa sayup sikit. Sebab Intan entahlah rindunyaaaaa dekat asrama. Sedih tau duduk jauh jauh sampai nak jumpa kawan pun tak boleh dah. Intan rindu semuanya. Kalau boleh nak balik sekarang nak jumpa Mira Aina Anis Najla Fiqah Hanie Aput Dhiya Dilla Suhaili Wana Umi yaAllah rindunya. Intan nak jumpa semuanya. Intan betul rindu. Rasa nak hilangkan rindu ni tapi taktahu macam mana. Serious Intan rasa sesak sangat dada bila tahan rindu yang berat teramat. Bila diabaikan tibatiba je menangis. Bila luah rasa macam tak betul semuanya nak rindu. Intan duduk Klang ada kerja, bukan suka suka tak nak balik. Intan takdelah kerja hebat sangat sampai gaji rm800 - rm 1000 sebulan. Tapi kerja Intan memang tak boleh nak balik sangat. Tipulah kalau Intan tak rindu ayah. Kadang terfikir jugak apalah dia buat kat sana. Rindu dekat Ayah buat Intan rasa berdosa. Rindu dekat Mak buat Intan jadi gila. Rindu dekat Akak dan Abang memang rasa tak tertanggung sakitnya. Intan manusia lembut hatinya. Sebab tulah kalau Intan jumpa orang yang Intan rindu, Intan jadi over. Intan bukan apa, kadang bila tahu khabar mereka pun dah cukup bagi Intan. Tapi tak semua Intan tahu keadaan mereka sekarang macam mana. Rindu dekat budak asrama lagilah membuak buak. Rindunya nak bersembang sampai gelak hilang suara dengan Dhiya Dilla Su Umi Wana Dayah Awa Sof Ikin Ummu. Intan rindu kita bersama yang dulu. Masalah kita selalu kongsi. Rindunya nak tidur dengan Aput. Dulu Intan tak suka Aput. Sebabkan dulu Nurish cakap muka Intan sama dengan Aput. Intan tak suka hahahahaha. Tapi bila dah lama lama dengan Aput, Nurish, AinFit, Bella, dan Bibah. Intan macam sayangnya dengan telatah diorang. Intan rindu aput sebab entahlah. Rasa nak sangat tidur dengan dia macam dulu. Sebab dia suka peluk Intan kalau Intan taknak tidur. Hahahaha. Intan takboleh lama bercerita. Kalian, doakan Intan berjaya dunia akhirat. Intan tak punya apa apa lagi. Intan perlukan doa. Intan betul tak sekuat yang semua orang fikir. Percayalah, Jujur Intan cakap. Intan memang rindukan kalian. Rasa membuak nak peluk erat. Mira, nanti aku balik aku singgah rumah ko eh. Aku tahu aku annoy kadang kadang. Tapi ko lah yang selalu ada bila aku susah. Aina, aku taknak ko berubah. Sebab aku sayang kita yang gatal dulu hahahaha. Anis nanti aku balik makan kat rumah ko eh kuih tu sedap hahahaha. Najla, dah jumpa pakwe jangan lupa share. Kita je mereput bersama. Fiqah, Nanti hakak balik kita date okayy hahahahaha. Janji bawak pergi KFC tau. Hanie, Intan rindu green tea hanie belanja hahahaha sekali coconut shake eh. Hanie, Tahniah Syarahan Johan. Jangan lupa Intan eh. Kita kan sahabat ececeii. Aput, saya rindu kamu. Saya tahu kamu tak ingat saya pun. Tapi nanti kalau kita jumpa janganlah sombong hahahaha nanti saya peluk eh. Dhiya bila saya dah berjaya nanti insyaAllah saya belanja kamu makan sampai kenyang. Terima kasih sebab selama ni ada dengan saya. Dan ajar saya kenal siapa diri kamu. Adilla, baik tu jangan baik sangat sampai orang pijak kepala. Ingat, jaga kadet polis elok elok. Kak Intan selalu rindukan gelak melampau kamu hahahaha. Semoga nanti kita dapat gelak lagi sama sama. Suhaili, saya tahu kamu manja hahaha, jaga diri eh. Biarlah orang buat kamu, janji kamu tak buat orang. Wana saya suka sifat ambil berat kamu. Dulu saya ingat kamu garang. Tapi bila dah kenal, saya rasa rugi sebab lambat kenal kamu. Umi, saya tau kamu garang makjemah je. Tapi ingat tau jaga diri janganlah melampau cubit orang. Kalian, Intan kena pergi. Fi Hifzillah. Yang benar, Norintansyawani.

Friday 29 May 2015

Lupa? KITA BERTUHAN !

Assalamualaikum.
Entahlah nak cerita pasal apa. Tapi yang Intan tahu, Intan betul tengah down. Sebab? Banyak sebab. Nak katakan life 2015 ni mencabar. YaAllah terlalu perit yang dirasa. Entah. Rasa macam nak meninggal tahun ni. Sebelum Spm. Sebab entah. Intan tahu Intan tak pandai. Keputusan semua macam kenapa lah Intan tak pandai macam mereka semua. Merosot. Sangat merosot tahun ni. Intan sedar diri Intan jatuh. Intan tengah nak bangun. Tapi tergelincir. Licin sangat lantai dunia. Biasalah teknologi. Baru nak berdiri. Semua nak tolak. Intan lah lemah sangat kaki untuk teguh. Teringin ikut berlari. Lupa sebenarnya nak merangkak pun belum hebat lagi. Tengah merangkak. Orang pijak. Buta agaknya. Fikir lagi. Rupanya mereka tak nampak. Patutlah. Tak wujud rupanya Intan. Terkial kial nak berdiri. Jatuh lagi. Sebab? Masa ada yang bantu. Dia lepaskan sebelum Intan mampu berdiri sendiri. Itu orang kata. Jangan bergantung harap. Ini tak. Semua Intan nak anggap sempurna. Kata hati lah. Manusia itu semua baiknya. Fikir lagi. Bila entah nak berjalan. Tengok orang. Seronoknya megah melompat. Intan bangkit. Kononnya boleh juga. Cuba bertatih. Seronoknya. Seronoknya dapat berdiri atas kaki sendiri. Ingatkan nak lari dah. Tengok tersungkur. Padan kan muka. Yakin sangat kan. Biar tersembam macamtu. Orang gelak. Orang gelakkan habis tersembur air liur. Masatu fikir lawak. Rupanya jadi bahan. Bodohnya. Kelako kata orang. Nak jalan balik lah. Kononnya. Cuba pegang orang. Lah dia lepas. Nak pijak rasanya orang tu. Lupa. Intan bawah kaki dia. Baru nak pijak. Siapa entah penyek dulu. Semut? Sama rupanya kita. Bangkit dengan semangat yang secebis. Orang gelak takkan biar? Lama. Berjalan dah lancar. Seronok juga. Dari bawah kini sama. Dengan manusia. Kononnya. Nak berlagak pijak manusia juga. Macam mereka. Main permainan kaki. Lupa. Kaki sendiri Tuhan bagi pinjam. Kononnya dah megah. Lupa. Otaktu 'biul' sangat nak ikut mereka. Cuba dah nak berlari. Sikit sikit kejar lah. Kejar yang didepan. Kononnya lagi nak juga setaraf. Tak bersyukur. Sekali masuk lumpur. Lupa. Kau lari atas padang bandaran. Baru semalam hujan batu tingket tingket. Tariklah kaki keluar lumpur. Tiba ada yang hulur. Nak ke tak. Fikir lama. Terima. Dah berdiri. Dia lari. Tinggal dengan seluar yang berat lumpur. Nak lari. Kene tinggal. Nak gelak. Padan muka. Kalah akhirnya. Menangis? Lupa ke Tuhan bagi kenikmatan berlari. Bersihkan segala. Mandi diri sabun hati. Lari lagi. Ada kawan yang teman. Mula taknak. Maklumlah pengalaman berbuahkan segala. Biar. Tapi. Dia macam ikhlas. Mendekat. Cerita segala jatuh sakit bangkit. Dia faham. Gembiranya yaTuhan. Makbul dah. Tak takut nak cuba melompat. Satu tahap jatuh. Ada sahabat bangunkan. Ajak lompat. Bila sikit nak capai. Jatuh lagi. Tak kisah. Ada sahabat. Nak bangun. Cari dia. Hilang. Lah? Menangis. Kelako kata orang. Percaya. Bodohnya. Bangun sendiri. Lupakan. Sakit. Pedih. Sebab? Entah. Susah. Berdiri. Nak melompat. Rindu. Dekat? Sahabat. Doakan. Doakan. Doakan. Cuba lagi. Luluh. Sahabat ada lain. Oh? Rindu. Tutup mata. Tutup telinga. Cuba melompat. Akhirnya. Gapai. Capai. Tapi, Lupa selama ni. Intan beragama. Lupakan Tuhan. Rupanya. Yang kene gapai. Rahmat Tuhan. Sekarang. Cuba lompat. Lompat kalah atlet negara. Siapa tu? Lupa pula. Baru dua. Dua hari cuba. Intan nak. Empat puluh hari. Tengah. Apa ya? Gapai DIA. Bodoh selama ni. Nak bangun. Cari manusia. Bagus. Amalkan sampai tua. Eh? Ayat abang. Tergelincir. Menangis. Bodoh. Merayu simpati. Ingat apa? Tersadung kaki. Ingat Tuhan. Minta tolong dengan? Manusia. Bagus Ambillah sedebik. Pegang tangan. Ingat boleh kukuh. Lah? Padan muka merempat tepi gantang. Macam? Peribahasa. Melukut di tepi gantang. Tapi? Itu beras cebisan. Diri sendiri? beras rempatan. Ambikkau. Lupa selama ni. Minta tolong. Bukan bukan harapan. Merapu merepek parang skeper. Eh? Ayat drama dulu. Lama. Sedar ke? Sebenarnya. Diri sendiri lupa, Kau tu BerTuhan. Siapa Tuhan kau? Tahu jawab nanti? Haa setakat soalan bocor ya? Tengok malaikat. Bengis rupa. Terkepipis tiada tandas. Soalan bocor pun salah hitamkan. Bodoh. Kiamat. Dekat je. Tapi. Bajet kau duk Syurga. Sebab? Orang pandang baik. Lamak. Orang pandang murni. Orang pandang pandai nasihat. DUH. Bagus. Duduk dalam kalangan. Orang munafik. Kelako katanya. Kiamat dekat dah. Sebelah kot. Duk rilek atas katil sebok dunia. Whatsapps. Wechat. Eh? Tinggal dah Wechat. Instagram. Tunjuk. Tayang. Gambar tu. Comel. Puji diri sampai gila. Bagus. Kononnya. HOTS. Soalan kbat kot. Orang like? Mokk berpuluuus lebey. Tayang. Orang kata tak. Diri sendiri kata. Comel. Tak perasan ke? Batak tu simpan sikit. Bagus. Lantakko. Dua laman aktif. Dah MEROYAN. Lupa. Bodoh lupa Tuhan. Sekolah. Pengawas. Jawatan. Orang pandang. Lupa? SAMPAH je. Kata orang. Pengawas macam Pengawal Mall. Giant kot. Ke nak TF? Okay Billion. Kaya sikits. Jalan sekolah. Kawal mereka. Bajet awal tahun. Pertandingan. Lah? Suara je. Kononnya. Sedap. Sedartak? Kalah katak tersesat bawah sampah. Tayang. Bagus. Nyanyi. Tuhan bagi. Bagus. Ikut cakap cikgu. Bajet. Baik. Cikgu bagi anugerah. Mithali. Waktu zaman jahiliah. Dua ribu ++ Macam duit. 13. Suara. Buskey. Lupa? Bodoh lupakan kebaikan. Tuhan bagi suruh simpan. Baca Al-Quran. Alunkan Quran. INI. Rentak dajjal. Agungkan. Biul simpan sikit. Niat. Kerana Tuhan Yang Esa. Nasyid. Berdakwah. Lupa? Suara. Bengap. Aurat. Nasib convent. Perempuan semua. Niat. Niat apa? Semua benda. Buat ingat niat kerana Tuhan. Tapi. Lupa! Intan Lupa! Intan Syawani Lupa. Yang Intan ada Allah. Intan punya Rasulullah. Lupa. Diri sendiri Bertuhan. Lupa. Bergantung harap itu hanya pada DIA. FAHAMTAK! Hati, fahamtak kerana Dia. Kenapa. Mengapa. Kau lupakan DIA! Mana dulu janji kau setuju menjadi khalifah. Bagus, Munafik! Kau lupakan DIA, yang sebenarnya DIA sentiasa ingatkan kau. Mengapa kini, seluruh manusia yang Allah pinjamkan berada di atas muka bumi ini, Mereka lupa. Sebenarnya mereka, BERTUHAN. Tuhan yang sebenarnya, Allah yang satu. Dia yang Maha Esa. LUPA! SEMUA MANUSIA LUPA. JAHILIYAH MACAM INTAN! Satu pinta, yaTuhan Bukakan pintu hati kami, yang telah mati Imannya. Bukakan untuk kami agar kami dekat denganMu wahai Allah pemilik Alam Semesta Raya. Ampunkan Kami yang terlalu banyak khilafnya. Allahualam. Al-Fatihah. Assalamualaikum.

Monday 18 May 2015

Kasihku kerana dia.

Assalamualaikum.
Sayangs. Jujurnya Intan rindu. Rindukan mereka yang pernah hadir dalam hidup Intan dulu. Sejak Intan kecil. Dan sehingga kini. Sebenarnya, dengan peramah Intan ramai yang mendekat dan sebabkan peramah ini juga ramai yang makin menjauh. Mungkin mereka kira Intan bukan yang tetap pendiriannya tapi sebenarnya percayalah Intan seorang yang setia. Tidak akan pernah lupa. Setiap apa kenangan yang pernah terpalit dalam ingatan. Percayalah. Intan secara perlahannya sedang mengubati hati sendiri bukan kerana benci tetapi terluka itu entah kenapa terlalu dalamnya. Intan sedar maaf dia ikhlas. Tapi kenapa hati Intan tidak pernah untuk kembali seperti sedia kala. Kadang kasihan itu memenuhi jiwa tetapi sakit itu membaluti segala. Intan cuba. Untuk dapatkan semula apa yang pernah Intan punya dulu. Ikutkan hati, Intan pertahankan kerana bukan mudah untuk Intan mengaku seseorang itu sebagai Sahabat. Memang, memang ingin pertahankan. Tetapi pernah rasa? Dulunya kau minatkan dia. Rupanya kalian saling menyayangi. Pernah kau rasa sakitnya aku kerana menjadi seorang yang diperbodohkan. Kadang benar kata orang, kerana Intan terlalu baiknya. Mereka mudah untuk pijak. Mereka jejak seperti Intan tiada nilai apa. Pernah mereka ungkapkan sayang, rupanya? Tidak pernah ikhlas. Bukan untuk menyekat kasih kamu. Tapi cubalah kamu fikir sedalam mana yang kamu lakukan terhadap Intan yang pernah kau akui Intan sebagai kesayangan? Sahabat. Ikutkan hati memang benar aku ingin pertahankan kamu. Rindu rasanya. Sebak hati menanggung semua. Tetapi kerana aku cuba untuk sabar. Dan sabar itu aku sisipkan dan aku cuba lupakan apa yang pernah kalian lakukan. Aku diamkan. Aku butakan mata. Aku hilangkan rasa. Sampai ada yang kata aku tiada perasaan lagi. Pernah kau fikir? Aku yang dulu terlalu sayang persahabatan ini. Kau musnahkan begitu saja. Aku diamkan kerana aku tahu jika benar sayang kau ikhlas, Allah akan beri kembali sayang kau terhadap aku. Sahabat, bukan kerana aku terlalu ego. Bukan kerana aku tak mahu kamu sayangkan dia. Tetapi perkara yang kamu berdua lakukan terlalu sakitnya sehingga kalau terkadang aku dengan kalian, aku terasa betapa bodohnya aku mempercayai mereka. Sekarang, aku cuba lupakan semua. Aku cuba kembalikan rasa. Bila tiap kali kau ungkapkan maaf. Aku cuba. Aku sedang cuba. Tapi inilah hati yang pernah kau goreskan kejamnya sehingga pernah aku anggap kalian pengkhianat. Aku cuba. Cuba untuk tidak memendam rasa. Buang segala dendam atau sakit yang bertapa. Aku cuba. Dengan cara inilah, aku menjauh. Aku pergi. Biarkan kalian berdua. Seronok bersama. Sahabat, dari dulu lagi aku kata. Jagakan dia untuk aku. Kerana, sekali aku sayang selamanya masih sayang. Jagakan kawan baik kamu kerana sebenarnya dia lebih memerlukan kamu. Aku selalu berkata, kawan baik tidak boleh ada dua. Jadi aku, dengan rendah dirinya mengundur. Kerana dia sebenarnya lebih baik dari aku. Lebih segalanya dari aku. Aku tidak punya apa. Jagalah dia persis adik kau sendiri. Sayanglah dia seutuhnya. Jangan pernah kau lakukan dia seperti terjadinya kepada aku kini. Dengar rintihannya. Jadilah sahabat dia sehingga kalian bersama di Syurga. Sahabat, jika dulu kita pernah berjanji untuk pergi ke Kota Suci Makkah bersama. Untuk menggapai cita cita bersama. Ke Universiti yang sama. Tetapi kini aku akan cuba pujukkan hati untuk melupakan semuanya perlahan. Kerana aku tahu. Sahabat kau kini, ialah dia. Yang lebih sempurna. Bawalah dia kesana. Jadikan dia Sahabatmu dunia akhirat. Aku akan cuba lupakan semuanya yang pernah kalian lakukan. Kawan baik sahabatku, Tolonglah aku menjaga sahabatku. Jagalah dia persis kakak kamu. Jadikan dia sahabatmu yang ingin bersama ke Syurga. Tolong satu, Dengarlah segala rintihannya. Pujuklah dia. Beradalah kamu bersama dia tika dia rebah kerana aku, kerana aku, kerana aku tidak lagi mampu bersama dia. Tidak lagi boleh mendengar segala. Tidak lagi ada dalam hatinya. Aku merayu, jagalah dia kerana dia pernah menjad sahabatku. Jagalah dia seutuhnya. Peliharalah hati dia. Aku merayu jadikan dia kakak kamu yang sebenarnya kamu sayang. Jangan kamu buatkan dia seperti kamu pernah buat aku. Aku yang dulu terlalu sayangkan kamu. Tetapi kamu buang seperti sepah. Aku redha. Aku redha dengan kehilangan. Aku diamkan. Aku masih lagi ketawa dihadapan kalian. Aku masih lagi ceria seperti dulu. Usah kalian khuatir akan aku yang pernah kalian perbodohkan. Aku, Aku, Aku, akan mencari hidup sendiri. Aku biarkan kalian berdua. Kecapi bahagia selamanya. Aku akan terus menjadi kawan kalian. Mendoakan persahabatan kalian sehingga mendapat rahmat Allah. Kini, aku sedar. Sebenarnya aku, aku yang bodoh ini. Tiada apa dalam hati mereka. Pintaku hanya satu, Jagakan dia yang pernah menjadi sahabatku sebaiknya. Aku tidak akan maafkan kamu jika sahabatku yang dulu tercela. Sahabat,begitu juga kamu. Tidak akan aku maafkan jika kau sakiti dia yang pernah aku sayang dulu kala. InsyaAllah. Sekarang aku cuba melupakan untuk memaafkan kalian. Sahabat, pesanan terakhir aku. Jadikan seorang hamba Allah yang sebenarnya mengejar akhirat bukan dunia. Jaga Mak dan Abah persis nyawa kau sendiri. Jaga mereka untuk aku. Jika kau sedih, carilah Allah. Dialah segalanya. Dia tahu apa kau rasa. Dia tahu segala yang tersembunyi. Jika kau rapuh, mohon pada dia. Minta ampun. Jika benar kau rebah, ceritakan segalanya pada sahabat baru kau. Aku percaya dialah yang terbaik. Minta pendapat dia walaupun dia masih muda. Dia seorang yang pandai. Percayalah sayang dia terhadap kau terlalu utuh. Rahsia kita berdua yang pernah kita ungkapkan, aku sisipkan kemas dalam hati. Aku biarkan dia berlalu pergi. Rahsia kau, aku jaga sesungguhnya menjaga aibku. Jika nanti aku dah tiada. Tiada dari mata kasar setiap manusia. Jangan pernah kau ingat kenangan kita. Kerana itu amat menyakitkan seperti sekarang yang selalu aku ingat tetapi aku lupa sebenarnya kau sudah tiada dari pegangan aku. Bacakan Al-Fatihah untuk aku bukan untuk meraih simpati kerana aku percaya kita sudah berada di akhir zaman. Tidak mustahil untuk aku pergi dulu. Jangan pernah kau kesal akan segala. Ini ketentuan Dia. Jangan kau risau akan kehidupan mendatang. Aku, Aku akan tetap perhatikan kau. Yang sebenarnya sayang ini tidak pernah berbelah bahagi. Aku jaga kau dari jauh. Aku lihat kau dari jauh. Aku pandang kau dari jauh. Kerana kini, aku tidak mampu untuk dekat. Aku tidak boleh mendekat. Aku ialah manusia yang sedang menyeksa hati sendiri. Kerana aku mahu kau dapat yang terbaik. Sayang itu, tidak boleh ada dua. Percayalah pasti ada yang kurang. Jadi aku titipkan dia buat kau. Sahabat, aku tunggu kau di pintu Syurga. Aku tunggu kau untuk kita bersama. Mungkin bukan didunia, tetapi diakhirat sana. Doakan aku dan aku mendoakan kejayaan kau selamanya. Sahabat ingat ini, aku perhatikan kau dengan perasaan sayang yang tidak pernah berubah. Assalamualaikum. Tulisan penuh bererti, Norintansyawani. Wallahualam. YaAllah, jagakan mereka untukku. Al-Fatihah.