Friday 29 May 2015

Lupa? KITA BERTUHAN !

Assalamualaikum.
Entahlah nak cerita pasal apa. Tapi yang Intan tahu, Intan betul tengah down. Sebab? Banyak sebab. Nak katakan life 2015 ni mencabar. YaAllah terlalu perit yang dirasa. Entah. Rasa macam nak meninggal tahun ni. Sebelum Spm. Sebab entah. Intan tahu Intan tak pandai. Keputusan semua macam kenapa lah Intan tak pandai macam mereka semua. Merosot. Sangat merosot tahun ni. Intan sedar diri Intan jatuh. Intan tengah nak bangun. Tapi tergelincir. Licin sangat lantai dunia. Biasalah teknologi. Baru nak berdiri. Semua nak tolak. Intan lah lemah sangat kaki untuk teguh. Teringin ikut berlari. Lupa sebenarnya nak merangkak pun belum hebat lagi. Tengah merangkak. Orang pijak. Buta agaknya. Fikir lagi. Rupanya mereka tak nampak. Patutlah. Tak wujud rupanya Intan. Terkial kial nak berdiri. Jatuh lagi. Sebab? Masa ada yang bantu. Dia lepaskan sebelum Intan mampu berdiri sendiri. Itu orang kata. Jangan bergantung harap. Ini tak. Semua Intan nak anggap sempurna. Kata hati lah. Manusia itu semua baiknya. Fikir lagi. Bila entah nak berjalan. Tengok orang. Seronoknya megah melompat. Intan bangkit. Kononnya boleh juga. Cuba bertatih. Seronoknya. Seronoknya dapat berdiri atas kaki sendiri. Ingatkan nak lari dah. Tengok tersungkur. Padan kan muka. Yakin sangat kan. Biar tersembam macamtu. Orang gelak. Orang gelakkan habis tersembur air liur. Masatu fikir lawak. Rupanya jadi bahan. Bodohnya. Kelako kata orang. Nak jalan balik lah. Kononnya. Cuba pegang orang. Lah dia lepas. Nak pijak rasanya orang tu. Lupa. Intan bawah kaki dia. Baru nak pijak. Siapa entah penyek dulu. Semut? Sama rupanya kita. Bangkit dengan semangat yang secebis. Orang gelak takkan biar? Lama. Berjalan dah lancar. Seronok juga. Dari bawah kini sama. Dengan manusia. Kononnya. Nak berlagak pijak manusia juga. Macam mereka. Main permainan kaki. Lupa. Kaki sendiri Tuhan bagi pinjam. Kononnya dah megah. Lupa. Otaktu 'biul' sangat nak ikut mereka. Cuba dah nak berlari. Sikit sikit kejar lah. Kejar yang didepan. Kononnya lagi nak juga setaraf. Tak bersyukur. Sekali masuk lumpur. Lupa. Kau lari atas padang bandaran. Baru semalam hujan batu tingket tingket. Tariklah kaki keluar lumpur. Tiba ada yang hulur. Nak ke tak. Fikir lama. Terima. Dah berdiri. Dia lari. Tinggal dengan seluar yang berat lumpur. Nak lari. Kene tinggal. Nak gelak. Padan muka. Kalah akhirnya. Menangis? Lupa ke Tuhan bagi kenikmatan berlari. Bersihkan segala. Mandi diri sabun hati. Lari lagi. Ada kawan yang teman. Mula taknak. Maklumlah pengalaman berbuahkan segala. Biar. Tapi. Dia macam ikhlas. Mendekat. Cerita segala jatuh sakit bangkit. Dia faham. Gembiranya yaTuhan. Makbul dah. Tak takut nak cuba melompat. Satu tahap jatuh. Ada sahabat bangunkan. Ajak lompat. Bila sikit nak capai. Jatuh lagi. Tak kisah. Ada sahabat. Nak bangun. Cari dia. Hilang. Lah? Menangis. Kelako kata orang. Percaya. Bodohnya. Bangun sendiri. Lupakan. Sakit. Pedih. Sebab? Entah. Susah. Berdiri. Nak melompat. Rindu. Dekat? Sahabat. Doakan. Doakan. Doakan. Cuba lagi. Luluh. Sahabat ada lain. Oh? Rindu. Tutup mata. Tutup telinga. Cuba melompat. Akhirnya. Gapai. Capai. Tapi, Lupa selama ni. Intan beragama. Lupakan Tuhan. Rupanya. Yang kene gapai. Rahmat Tuhan. Sekarang. Cuba lompat. Lompat kalah atlet negara. Siapa tu? Lupa pula. Baru dua. Dua hari cuba. Intan nak. Empat puluh hari. Tengah. Apa ya? Gapai DIA. Bodoh selama ni. Nak bangun. Cari manusia. Bagus. Amalkan sampai tua. Eh? Ayat abang. Tergelincir. Menangis. Bodoh. Merayu simpati. Ingat apa? Tersadung kaki. Ingat Tuhan. Minta tolong dengan? Manusia. Bagus Ambillah sedebik. Pegang tangan. Ingat boleh kukuh. Lah? Padan muka merempat tepi gantang. Macam? Peribahasa. Melukut di tepi gantang. Tapi? Itu beras cebisan. Diri sendiri? beras rempatan. Ambikkau. Lupa selama ni. Minta tolong. Bukan bukan harapan. Merapu merepek parang skeper. Eh? Ayat drama dulu. Lama. Sedar ke? Sebenarnya. Diri sendiri lupa, Kau tu BerTuhan. Siapa Tuhan kau? Tahu jawab nanti? Haa setakat soalan bocor ya? Tengok malaikat. Bengis rupa. Terkepipis tiada tandas. Soalan bocor pun salah hitamkan. Bodoh. Kiamat. Dekat je. Tapi. Bajet kau duk Syurga. Sebab? Orang pandang baik. Lamak. Orang pandang murni. Orang pandang pandai nasihat. DUH. Bagus. Duduk dalam kalangan. Orang munafik. Kelako katanya. Kiamat dekat dah. Sebelah kot. Duk rilek atas katil sebok dunia. Whatsapps. Wechat. Eh? Tinggal dah Wechat. Instagram. Tunjuk. Tayang. Gambar tu. Comel. Puji diri sampai gila. Bagus. Kononnya. HOTS. Soalan kbat kot. Orang like? Mokk berpuluuus lebey. Tayang. Orang kata tak. Diri sendiri kata. Comel. Tak perasan ke? Batak tu simpan sikit. Bagus. Lantakko. Dua laman aktif. Dah MEROYAN. Lupa. Bodoh lupa Tuhan. Sekolah. Pengawas. Jawatan. Orang pandang. Lupa? SAMPAH je. Kata orang. Pengawas macam Pengawal Mall. Giant kot. Ke nak TF? Okay Billion. Kaya sikits. Jalan sekolah. Kawal mereka. Bajet awal tahun. Pertandingan. Lah? Suara je. Kononnya. Sedap. Sedartak? Kalah katak tersesat bawah sampah. Tayang. Bagus. Nyanyi. Tuhan bagi. Bagus. Ikut cakap cikgu. Bajet. Baik. Cikgu bagi anugerah. Mithali. Waktu zaman jahiliah. Dua ribu ++ Macam duit. 13. Suara. Buskey. Lupa? Bodoh lupakan kebaikan. Tuhan bagi suruh simpan. Baca Al-Quran. Alunkan Quran. INI. Rentak dajjal. Agungkan. Biul simpan sikit. Niat. Kerana Tuhan Yang Esa. Nasyid. Berdakwah. Lupa? Suara. Bengap. Aurat. Nasib convent. Perempuan semua. Niat. Niat apa? Semua benda. Buat ingat niat kerana Tuhan. Tapi. Lupa! Intan Lupa! Intan Syawani Lupa. Yang Intan ada Allah. Intan punya Rasulullah. Lupa. Diri sendiri Bertuhan. Lupa. Bergantung harap itu hanya pada DIA. FAHAMTAK! Hati, fahamtak kerana Dia. Kenapa. Mengapa. Kau lupakan DIA! Mana dulu janji kau setuju menjadi khalifah. Bagus, Munafik! Kau lupakan DIA, yang sebenarnya DIA sentiasa ingatkan kau. Mengapa kini, seluruh manusia yang Allah pinjamkan berada di atas muka bumi ini, Mereka lupa. Sebenarnya mereka, BERTUHAN. Tuhan yang sebenarnya, Allah yang satu. Dia yang Maha Esa. LUPA! SEMUA MANUSIA LUPA. JAHILIYAH MACAM INTAN! Satu pinta, yaTuhan Bukakan pintu hati kami, yang telah mati Imannya. Bukakan untuk kami agar kami dekat denganMu wahai Allah pemilik Alam Semesta Raya. Ampunkan Kami yang terlalu banyak khilafnya. Allahualam. Al-Fatihah. Assalamualaikum.

Monday 18 May 2015

Kasihku kerana dia.

Assalamualaikum.
Sayangs. Jujurnya Intan rindu. Rindukan mereka yang pernah hadir dalam hidup Intan dulu. Sejak Intan kecil. Dan sehingga kini. Sebenarnya, dengan peramah Intan ramai yang mendekat dan sebabkan peramah ini juga ramai yang makin menjauh. Mungkin mereka kira Intan bukan yang tetap pendiriannya tapi sebenarnya percayalah Intan seorang yang setia. Tidak akan pernah lupa. Setiap apa kenangan yang pernah terpalit dalam ingatan. Percayalah. Intan secara perlahannya sedang mengubati hati sendiri bukan kerana benci tetapi terluka itu entah kenapa terlalu dalamnya. Intan sedar maaf dia ikhlas. Tapi kenapa hati Intan tidak pernah untuk kembali seperti sedia kala. Kadang kasihan itu memenuhi jiwa tetapi sakit itu membaluti segala. Intan cuba. Untuk dapatkan semula apa yang pernah Intan punya dulu. Ikutkan hati, Intan pertahankan kerana bukan mudah untuk Intan mengaku seseorang itu sebagai Sahabat. Memang, memang ingin pertahankan. Tetapi pernah rasa? Dulunya kau minatkan dia. Rupanya kalian saling menyayangi. Pernah kau rasa sakitnya aku kerana menjadi seorang yang diperbodohkan. Kadang benar kata orang, kerana Intan terlalu baiknya. Mereka mudah untuk pijak. Mereka jejak seperti Intan tiada nilai apa. Pernah mereka ungkapkan sayang, rupanya? Tidak pernah ikhlas. Bukan untuk menyekat kasih kamu. Tapi cubalah kamu fikir sedalam mana yang kamu lakukan terhadap Intan yang pernah kau akui Intan sebagai kesayangan? Sahabat. Ikutkan hati memang benar aku ingin pertahankan kamu. Rindu rasanya. Sebak hati menanggung semua. Tetapi kerana aku cuba untuk sabar. Dan sabar itu aku sisipkan dan aku cuba lupakan apa yang pernah kalian lakukan. Aku diamkan. Aku butakan mata. Aku hilangkan rasa. Sampai ada yang kata aku tiada perasaan lagi. Pernah kau fikir? Aku yang dulu terlalu sayang persahabatan ini. Kau musnahkan begitu saja. Aku diamkan kerana aku tahu jika benar sayang kau ikhlas, Allah akan beri kembali sayang kau terhadap aku. Sahabat, bukan kerana aku terlalu ego. Bukan kerana aku tak mahu kamu sayangkan dia. Tetapi perkara yang kamu berdua lakukan terlalu sakitnya sehingga kalau terkadang aku dengan kalian, aku terasa betapa bodohnya aku mempercayai mereka. Sekarang, aku cuba lupakan semua. Aku cuba kembalikan rasa. Bila tiap kali kau ungkapkan maaf. Aku cuba. Aku sedang cuba. Tapi inilah hati yang pernah kau goreskan kejamnya sehingga pernah aku anggap kalian pengkhianat. Aku cuba. Cuba untuk tidak memendam rasa. Buang segala dendam atau sakit yang bertapa. Aku cuba. Dengan cara inilah, aku menjauh. Aku pergi. Biarkan kalian berdua. Seronok bersama. Sahabat, dari dulu lagi aku kata. Jagakan dia untuk aku. Kerana, sekali aku sayang selamanya masih sayang. Jagakan kawan baik kamu kerana sebenarnya dia lebih memerlukan kamu. Aku selalu berkata, kawan baik tidak boleh ada dua. Jadi aku, dengan rendah dirinya mengundur. Kerana dia sebenarnya lebih baik dari aku. Lebih segalanya dari aku. Aku tidak punya apa. Jagalah dia persis adik kau sendiri. Sayanglah dia seutuhnya. Jangan pernah kau lakukan dia seperti terjadinya kepada aku kini. Dengar rintihannya. Jadilah sahabat dia sehingga kalian bersama di Syurga. Sahabat, jika dulu kita pernah berjanji untuk pergi ke Kota Suci Makkah bersama. Untuk menggapai cita cita bersama. Ke Universiti yang sama. Tetapi kini aku akan cuba pujukkan hati untuk melupakan semuanya perlahan. Kerana aku tahu. Sahabat kau kini, ialah dia. Yang lebih sempurna. Bawalah dia kesana. Jadikan dia Sahabatmu dunia akhirat. Aku akan cuba lupakan semuanya yang pernah kalian lakukan. Kawan baik sahabatku, Tolonglah aku menjaga sahabatku. Jagalah dia persis kakak kamu. Jadikan dia sahabatmu yang ingin bersama ke Syurga. Tolong satu, Dengarlah segala rintihannya. Pujuklah dia. Beradalah kamu bersama dia tika dia rebah kerana aku, kerana aku, kerana aku tidak lagi mampu bersama dia. Tidak lagi boleh mendengar segala. Tidak lagi ada dalam hatinya. Aku merayu, jagalah dia kerana dia pernah menjad sahabatku. Jagalah dia seutuhnya. Peliharalah hati dia. Aku merayu jadikan dia kakak kamu yang sebenarnya kamu sayang. Jangan kamu buatkan dia seperti kamu pernah buat aku. Aku yang dulu terlalu sayangkan kamu. Tetapi kamu buang seperti sepah. Aku redha. Aku redha dengan kehilangan. Aku diamkan. Aku masih lagi ketawa dihadapan kalian. Aku masih lagi ceria seperti dulu. Usah kalian khuatir akan aku yang pernah kalian perbodohkan. Aku, Aku, Aku, akan mencari hidup sendiri. Aku biarkan kalian berdua. Kecapi bahagia selamanya. Aku akan terus menjadi kawan kalian. Mendoakan persahabatan kalian sehingga mendapat rahmat Allah. Kini, aku sedar. Sebenarnya aku, aku yang bodoh ini. Tiada apa dalam hati mereka. Pintaku hanya satu, Jagakan dia yang pernah menjadi sahabatku sebaiknya. Aku tidak akan maafkan kamu jika sahabatku yang dulu tercela. Sahabat,begitu juga kamu. Tidak akan aku maafkan jika kau sakiti dia yang pernah aku sayang dulu kala. InsyaAllah. Sekarang aku cuba melupakan untuk memaafkan kalian. Sahabat, pesanan terakhir aku. Jadikan seorang hamba Allah yang sebenarnya mengejar akhirat bukan dunia. Jaga Mak dan Abah persis nyawa kau sendiri. Jaga mereka untuk aku. Jika kau sedih, carilah Allah. Dialah segalanya. Dia tahu apa kau rasa. Dia tahu segala yang tersembunyi. Jika kau rapuh, mohon pada dia. Minta ampun. Jika benar kau rebah, ceritakan segalanya pada sahabat baru kau. Aku percaya dialah yang terbaik. Minta pendapat dia walaupun dia masih muda. Dia seorang yang pandai. Percayalah sayang dia terhadap kau terlalu utuh. Rahsia kita berdua yang pernah kita ungkapkan, aku sisipkan kemas dalam hati. Aku biarkan dia berlalu pergi. Rahsia kau, aku jaga sesungguhnya menjaga aibku. Jika nanti aku dah tiada. Tiada dari mata kasar setiap manusia. Jangan pernah kau ingat kenangan kita. Kerana itu amat menyakitkan seperti sekarang yang selalu aku ingat tetapi aku lupa sebenarnya kau sudah tiada dari pegangan aku. Bacakan Al-Fatihah untuk aku bukan untuk meraih simpati kerana aku percaya kita sudah berada di akhir zaman. Tidak mustahil untuk aku pergi dulu. Jangan pernah kau kesal akan segala. Ini ketentuan Dia. Jangan kau risau akan kehidupan mendatang. Aku, Aku akan tetap perhatikan kau. Yang sebenarnya sayang ini tidak pernah berbelah bahagi. Aku jaga kau dari jauh. Aku lihat kau dari jauh. Aku pandang kau dari jauh. Kerana kini, aku tidak mampu untuk dekat. Aku tidak boleh mendekat. Aku ialah manusia yang sedang menyeksa hati sendiri. Kerana aku mahu kau dapat yang terbaik. Sayang itu, tidak boleh ada dua. Percayalah pasti ada yang kurang. Jadi aku titipkan dia buat kau. Sahabat, aku tunggu kau di pintu Syurga. Aku tunggu kau untuk kita bersama. Mungkin bukan didunia, tetapi diakhirat sana. Doakan aku dan aku mendoakan kejayaan kau selamanya. Sahabat ingat ini, aku perhatikan kau dengan perasaan sayang yang tidak pernah berubah. Assalamualaikum. Tulisan penuh bererti, Norintansyawani. Wallahualam. YaAllah, jagakan mereka untukku. Al-Fatihah.

Sunday 17 May 2015

Dunia Ibarat Roda

Assalamualaikum. Aiman Muhaimin. Bukan Mashu taknak update blog mengenai hari lahir kamu. Tapi sesungguhnya Mashu bukan terlalu kuat untuk meraikan apa apa kemeriahan dalam bulan Februari. Jadi pada kesempatan ini, Mashu nak cakap yang sebenarnya Mashu terlalu sayangkan kamu seperti Mashu sayangkan Mak. Kamu jangan risau. Tak pernah sedikitpun, Tak pernah seincipun Mashu bezakan kamu dengan Abang kamu. Percayalah sayang Mashu terhadap kalian terlalu utuh sampai akhir hayat Mashu. Aiman, 13 Februari 2014 seorang bayi dilahirkan dalam keadaan yang tidak sanggup Intan tatapkan. Lemahnya mata Intan, Sayupnya jiwa Intan, Luluhnya segala rasa yang sebenarnya memang dah rapuh sebelum beberapa hari Aiman dilahirkan. Walaupun Aiman dilahirkan tidak cukup bulan, YaAllah kuatnya semangat dia persis semangat Mak yang tidak pernah goyah walaupun dilanda pelbagai musibah. Aiman, Aiman Muhaimin yang sebenarnya selalu Mak tunggu lahirnya dia. Tapi tak mengapalah Mak, kerana sebenarnya Aiman yang selalu temankan Mak. Aiman yang jadi penguat utuh semangat Along bila tika sebenarnya Along jatuh melihat Mak menanggung sakit tiap hari. Hampir dua bulan Aiman dibesarkan didalam accubator. Kecil molek tubuhnya ketika itu. Sakit agaknya. Entah apa yang Intan rasa. Cuma sayang Intan yang membuak terhadap anak kecil itu. Mashu tidak punya apa untuk diberi pada Aiman. Cuma Mashu harapkan sangat, Adam Aiman dan mungkin generasi seterusnya, tolonglah Mashu jagakan Mama buat Mashu sebab Mama kamu terlalu baik, terlalu indah perilakunya. Bila nanti, Mashu dah tiada lagi untuk jagakan hati Mama dan belaikan sayang Mashu semuanya, Mashu janji Mashu akan perhatikan kamu semua dekat sana. Atau nanti, bila semua orang bencikan Mama, Adam atau Aiman. Mashu akan jaga kalian persis jaga nyawa sendiri. YaAllah jujur benar aku. Cuma satu yang aku pinta, Jagakan mereka untuk aku. Kerana sebenarnya, Setinggi-tinggi tempat setelah KAMU dan Mak, ialah Along, Adam dan Aiman. Jangan yaAllah. Jangan pernah kau alihkan perasaan ini. Itu cuma aku pohonkan. Aiman Muhaimin, jadilah anak yang soleh. Mashu janji dan mungkin dalam perancangan, lepas Spm Mashu akan sentiasa dengan Mama dan kamu berdua sebab Mashu nak jaga kalian. Mak, 9 Februari lepas. Tak tahu macam mana nak simpan perasaan ni. Bila terbayang entah jatuhnya seperti tak mahu bangun kembali. Dulu mak selalu bebel dekat Intan. Salah sikit pun kene marah. Ada satu ketika tu, Intan mengeluh dan Mak pernah cakap. Sebenarnya semua ni lah yang akan mengajar kamu untuk hidup nanti. Rupanya, itu pesanan Mak yang sebenarnya Mak maksudkan, haih bodohnya Intan dulu seperti seorang yang tidak pernah belajar. Mak, sekarang Along selalu risaukan Intan. Intan tak tahu macam mana nak yakinkan Along yang Intan dekat sini baik sangat. Dulu Mak yang selalu risaukan sampai Mak pernah kata, kalau Mak dah tiada, Intan nak duduk dengan siapa. Dan Intan dengan jawapan selamber beruk nya jawab, "rumah Anak Yatim". Entahlah kenapa jawapan Intan macamtu. Rupanya, Hidup tanpa seorang Mak ni persis seperti anak Yatim walaupun sebenarnya setiap orang disekeliling sayangkan kita. Intan faham Mak. Setiap apa yang pernah Mak tuturkan dulu. Intan dapat jawapan dengan sangat jelas sekarang. YaAllah, sebenarnya KAU sedang mengajar Intan tentang keredhaan dalam erti kehilangan. Kau buatkan satu satu pergi, sebab Kau mahukan aku tahu kehilangan yang sebenarnya apabila aku hilang keberkatan dariMu. Maka, aku ikhlaskan hati. Intan sekarang tidak akan pernah berdendam dengan sesiapa yang pernah sakitkan hati Intan. Percayalah, jika kalian berdendam, dendam itu tidak akan terbalas walau peritnya Intan rasa. Walau semua orang mahukan orang yang Intan sayang, InsyaAllah perlahan lahan Intan lepaskan mereka asalkan kalian berjanji, jaga orang yang Intan sayang tanpa sedikitpun dia tercela. Tapi Keluarga Intan, biar Intan yang jaga. Kerana Intan mendapat hikmah yang begitu besarnya bila Intan tahu untuk melepaskan seikhlasnya. Persis kini, Intan peroleh seorang sahabat yang tidak pernah jemu untuk menasihati Intan kerana dia dan Intan tahu, susahnya untuk berubah. Dan itu Intan namakan, Indahnya Ukhwah Kerana Allah. Kalian, jika pernah kamu semua membuat silap keatas Intan, InsyaAllah Intan akan lupakannya. InsyaAllah tiada iri dalam hati, tiada dengki dalam jiwa. Cuma satu Intan pinta, ucapkan satu perkataan maaf untuk menebus dosa kalian dulu kala. Waalahualam. Assalamualaikum, Sayang Along :*