Sunday, 17 May 2015

Dunia Ibarat Roda

Assalamualaikum. Aiman Muhaimin. Bukan Mashu taknak update blog mengenai hari lahir kamu. Tapi sesungguhnya Mashu bukan terlalu kuat untuk meraikan apa apa kemeriahan dalam bulan Februari. Jadi pada kesempatan ini, Mashu nak cakap yang sebenarnya Mashu terlalu sayangkan kamu seperti Mashu sayangkan Mak. Kamu jangan risau. Tak pernah sedikitpun, Tak pernah seincipun Mashu bezakan kamu dengan Abang kamu. Percayalah sayang Mashu terhadap kalian terlalu utuh sampai akhir hayat Mashu. Aiman, 13 Februari 2014 seorang bayi dilahirkan dalam keadaan yang tidak sanggup Intan tatapkan. Lemahnya mata Intan, Sayupnya jiwa Intan, Luluhnya segala rasa yang sebenarnya memang dah rapuh sebelum beberapa hari Aiman dilahirkan. Walaupun Aiman dilahirkan tidak cukup bulan, YaAllah kuatnya semangat dia persis semangat Mak yang tidak pernah goyah walaupun dilanda pelbagai musibah. Aiman, Aiman Muhaimin yang sebenarnya selalu Mak tunggu lahirnya dia. Tapi tak mengapalah Mak, kerana sebenarnya Aiman yang selalu temankan Mak. Aiman yang jadi penguat utuh semangat Along bila tika sebenarnya Along jatuh melihat Mak menanggung sakit tiap hari. Hampir dua bulan Aiman dibesarkan didalam accubator. Kecil molek tubuhnya ketika itu. Sakit agaknya. Entah apa yang Intan rasa. Cuma sayang Intan yang membuak terhadap anak kecil itu. Mashu tidak punya apa untuk diberi pada Aiman. Cuma Mashu harapkan sangat, Adam Aiman dan mungkin generasi seterusnya, tolonglah Mashu jagakan Mama buat Mashu sebab Mama kamu terlalu baik, terlalu indah perilakunya. Bila nanti, Mashu dah tiada lagi untuk jagakan hati Mama dan belaikan sayang Mashu semuanya, Mashu janji Mashu akan perhatikan kamu semua dekat sana. Atau nanti, bila semua orang bencikan Mama, Adam atau Aiman. Mashu akan jaga kalian persis jaga nyawa sendiri. YaAllah jujur benar aku. Cuma satu yang aku pinta, Jagakan mereka untuk aku. Kerana sebenarnya, Setinggi-tinggi tempat setelah KAMU dan Mak, ialah Along, Adam dan Aiman. Jangan yaAllah. Jangan pernah kau alihkan perasaan ini. Itu cuma aku pohonkan. Aiman Muhaimin, jadilah anak yang soleh. Mashu janji dan mungkin dalam perancangan, lepas Spm Mashu akan sentiasa dengan Mama dan kamu berdua sebab Mashu nak jaga kalian. Mak, 9 Februari lepas. Tak tahu macam mana nak simpan perasaan ni. Bila terbayang entah jatuhnya seperti tak mahu bangun kembali. Dulu mak selalu bebel dekat Intan. Salah sikit pun kene marah. Ada satu ketika tu, Intan mengeluh dan Mak pernah cakap. Sebenarnya semua ni lah yang akan mengajar kamu untuk hidup nanti. Rupanya, itu pesanan Mak yang sebenarnya Mak maksudkan, haih bodohnya Intan dulu seperti seorang yang tidak pernah belajar. Mak, sekarang Along selalu risaukan Intan. Intan tak tahu macam mana nak yakinkan Along yang Intan dekat sini baik sangat. Dulu Mak yang selalu risaukan sampai Mak pernah kata, kalau Mak dah tiada, Intan nak duduk dengan siapa. Dan Intan dengan jawapan selamber beruk nya jawab, "rumah Anak Yatim". Entahlah kenapa jawapan Intan macamtu. Rupanya, Hidup tanpa seorang Mak ni persis seperti anak Yatim walaupun sebenarnya setiap orang disekeliling sayangkan kita. Intan faham Mak. Setiap apa yang pernah Mak tuturkan dulu. Intan dapat jawapan dengan sangat jelas sekarang. YaAllah, sebenarnya KAU sedang mengajar Intan tentang keredhaan dalam erti kehilangan. Kau buatkan satu satu pergi, sebab Kau mahukan aku tahu kehilangan yang sebenarnya apabila aku hilang keberkatan dariMu. Maka, aku ikhlaskan hati. Intan sekarang tidak akan pernah berdendam dengan sesiapa yang pernah sakitkan hati Intan. Percayalah, jika kalian berdendam, dendam itu tidak akan terbalas walau peritnya Intan rasa. Walau semua orang mahukan orang yang Intan sayang, InsyaAllah perlahan lahan Intan lepaskan mereka asalkan kalian berjanji, jaga orang yang Intan sayang tanpa sedikitpun dia tercela. Tapi Keluarga Intan, biar Intan yang jaga. Kerana Intan mendapat hikmah yang begitu besarnya bila Intan tahu untuk melepaskan seikhlasnya. Persis kini, Intan peroleh seorang sahabat yang tidak pernah jemu untuk menasihati Intan kerana dia dan Intan tahu, susahnya untuk berubah. Dan itu Intan namakan, Indahnya Ukhwah Kerana Allah. Kalian, jika pernah kamu semua membuat silap keatas Intan, InsyaAllah Intan akan lupakannya. InsyaAllah tiada iri dalam hati, tiada dengki dalam jiwa. Cuma satu Intan pinta, ucapkan satu perkataan maaf untuk menebus dosa kalian dulu kala. Waalahualam. Assalamualaikum, Sayang Along :*

No comments:

Post a Comment