Sunday 29 March 2015

Manusia, Sedarkah?

Manusia,
Mengapa Kau Mudah Alpa Dengan Dunia?
Mengapa Kau Tinggalkan Segalanya Demi Dia,
Mengapa Kau Laghakan Semuanya Kerana Dia,
Mengapa Kau Sakitkan Hati Mereka Disebabkan
Sebuah Dunia? 

Manusia,
Mengapa Mudah Kau Lupa Pada Seseorang?
Yang Pernah Kau Sayangi Dulu Kala,
Yang Pernah Kau Tersenyum Kerana Dia,
Yang Selalu Kau Harapkan Dia Ada Bersama.

Manusia,
Mengapa Mudahnya Engkau Melupakan Pada Sebuah Kasih
Sayang Yang Diukir?
Betapa Lekanya Dikau Dengan Mereka Yang Menyentuh,
Tanpa Sedikitpun Kau Fikir Tentang Sakitnya Hati Yang Merasa,
Dan Tanpa Secebispun Rasa Bersalah Timbul Di Benak Hatimu.

Manusia,
Dimana Perginya Sifat Belas Dan Kasihanmu Terhadap Mereka?
Mereka Yang Pernah Kau Limpahkan Segala Harapan,
Kini Kau Pergi Tanpa Sebarang Ucapan,
Kerana Di Lubuk Hatimu Merasakan Ada Yang Lebih Istimewa,
Ada Yang Lebih Bermakna.

Manusia,
Tahukah Dikau Akan Berharganya Sebuah Hati Yang Sudah
Mulai Bergantung Harap,
Pernah Kau Fikir Apa Yang Nanti Dinamakan Kifarah Bila
Tiba Masa Kau Buang Seperti Sepah,
Pernah Terlintas Di Fikiranmu Yang Waras Itu Tentang Hati
Hati Yang Pernah Kau Abaikan.

Manusia,
Apa Gunanya Allah Menjadikan Kamu Dengan Akal Dan Fikiran?
Mengapa Dengan Mudahnya Kau Menyayang Lalu Kau Perbodohkan,
Mengapa Hati Terlalu Jahil Dengan Apa Yang Allah Kurniakan
Lalu Kau Buat Mereka Seperti Permainan,
Adakah Itu Yang Kamu Belajar Sepanjang Kehidupan Untuk Mencela
Sebuah Hati Yang Tidak Pernah Ada Salahnya Dia.

Manusia,
Tidakkah Kau Tahu Akan Bernilainya Sebuah Persahabatan?
Mana Perginya Semua Nilai Yang Telah Kau Sisipkan Dalam Hati,
Mana Perginya Sifat Ambil Berat Dan Amanah Dalam Diri,
Mana Hilangnya Segala Kata Yang Pernah Kau Janjikan Tika Sama Berdiri,
Mana Perginya Dikau Disaat Benar Benar Dia Mulai Rebah Sendiri.

Mudahnya,
Mudahnya Seorang Yang Bergelar Manusia Itu Melupakan Segalanya,
Berpaling Tadah Pada Mereka Yang Dianggap Sempurna,
Menafikan Apa Yang Ada Dihati Mereka.

Mengapa Manusia,
Kau Lakukan Adakah Untuk Memuaskan Hati Kecilmu?
Adakah Mereka Yang Pernah Kau Anggap Istimewa Dulu Kini
Kau Tidak Hairan Lagi Akan Wujudnya Dia,
Adakah Tiada Sikitpun Rasa Sayang Dalam Benakmu Terhadap
Mereka Yang Pernah Membuatmu Ketawa Riangnya?
Adakah Kau Manusia Yang Hanya Melafazkan Kata Tanpa Berfikiran
Panjang Tentang Apa Yang Dirasainya Kelak.

Manusia,
Aku Khabarkan,
Jangan Terlalu Kejam Melakukan Segalanya Tanpa Maaf,
Jangan Terlalu Seronok Dalam Menggoreskan Hati Mereka,
Jangan Biarkan Mereka Yang Kau Anggap Tidak Lagi Bermakna
Terumbang Ambing Di Dalam Kolam Mata Sendiri,
Jangan Kau Tinggalkan Lalu Kau Bahagiakan Diri Dengan Mereka
Yang Kau Anggap Lebih Sempurna,
Kerana Kelak Kau Sendiri Akan Mencetuskan Sebuah
Hati Yang Mulai Berdendam.

Manusia,
Jika Kau Tahu Rindunya Seorang Yang Pernah Kau Sakiti Hatinya,
Jika Kau Sedar Mengapa Jauhnya Dia Dari Diri Kau Yang Sebenar,
Jika Kau Faham Apa Yang Dinamakan Dengan Keikhlasan Sedalamnya,
Jika Kau Mengerti Mengapa Tercetusnya Luahan Yang Sebegini Gamatnya,
Jika Kau Tahu Segalanya Dia Mulai Menjauh Kerana Dia Hanya Seorang
Manusia Yang Merasakan Dirinya Dikhianati.                                                                                                                  
"Kau Akan Sedar Betapa Besarnya Perkara Yang Pernah Kau Lakukan Terhadap Dia"

Jujur,
Dia Benar Rindukan Semuanya Yang Pernah Tersemat Indah Di Sudut Hatinya,
Tetapi Kerana Sayangnya Dialah,
Dia Tinggalkan Dikau Dengan Seorang Manusia Yang Kau
Akan Senang Bersamanya,
Dia Biarkan Dikau Kecapi Segalanya Dan Dia Seorang Manusia
Yang Sedang Belajar Makna Kehilangan Dan Keredhaan.

Manusia,
Teruskan Segalanya Sehingga Kau Capai Rahmat Sebenar Allah,
Biarkan Semua Orang Mulai Mengkhianat,
Percayakan Ini,
Bahawa Allah Tidak Mudah Meninggalkan Hambanya Yang Bersabar,
Pegang Kata Ini,
Biar Satu Dunia Menghukum,
Tetapi Jangan Pernah Membalas,
Kerana Kita Adalah Manusia Yang Sedang Memperbaiki Diri.

Satu Kata Yang Diungkapkan,
Menjauhnya Dia Kerana Mahu Melihat Sebuah Kebahagiaan
Kamu Dengan Mereka.

Assalamualaikum,

Sayang, Fi Hifzillah Lillahitaala.
Al-Fatihah.          

Friday 20 March 2015

Berubah untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah (I)

Assalamualaikum.
Pernah ada yang kata. Pernah juga hati meluahkan rasa. Pernah bibir berbicara. Pernah fikiran melonjak ketara. Tentang sebuah perubahan. Perubahan yang mungkin merubah setiap persepsi masyarakat terhadap kita. Perubahan yang semua orang kata mahu menunjuk nunjuk. Perubahan yang mungkin membuang kita daripada sebuah perhubungan. Perubahan yang akan membuatkan semuanya pergi jauh dan ketika itu baru kita sedar tentang siapa yang sebenarnya ikhlas bersama kita. Faham apa yang cuba Intan rungkaikan? Individu kini takut mahu berubah walaupun sudah terniat dek hati yang kecil. Tahu kenapa? Kerana mereka fikirkan kata kata orang sekeliling. Kerana mereka takutkan persahabatan yang tidak kukuh dek Iman akan musnah disebabkan perubahan. Kerana mereka tidak pasti sama ada Allah akan menerima mereka untuk kembali ke landasan yang benar. Cuba kita imbas kembali apa sebenarnya maksud Tawwabun. Taubat dari sudut istilahnya ialah kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangannya. "Adapun orang-orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal soleh , semoga ia termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman" (Surah Al-Qasas 28:67) Cuba fikirkan mengapa Allah mengalu-alukan hambanya untuk bertaubat? Kerana Allah pengasih lagi maha penyayang. Allah tidak kejam sehingga manusia tidak diberi peluang kali kedua untuk memperbetulkan akhlaknya. Malah Allah kini membuka seluasnya pintu taubat bukan hanya buat kali kedua tetapi sejuta kali mahunya untuk hambanya yang disayangi. Betapa sayangnya Allah pada makhluk ciptaannya walaupun manusia kini ingkar dengan Al Quran dan As Sunnah. Lalu Allah turunkan Nabi Muhammad daripada kalangan manusia supaya mereka sedar bahawa bukan para malaikat sahaja yang mampu membuat kemuliaan seperti Nabi Muhammad. " Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (Nabi Muhammad) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu dia pula melimpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang beriman. Kemudian jika mereka ingkar maka katakanlah (wahai Muhammad) cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku) tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkanNya. Kepadanya aku berserah diri dan dialah yang mempunyai Arasy yang besar. ( Surah At-Taubah: Ayat 128-129 ) Sudah terang lagi bersuluh Allah senang akan manusia yang ingin membuat perubahan ke arah kebaikan. Tidak perlu merendah diri tentang siapa diri kita sebelumnya. Apa yang penting kita berubah mengikut syariat Islam. Biar orang kata apa tentang pakaian kita pada sebelumnya, tapi kini biarlah kita faham tentang manusia perlu menutup aurat kerana hikmahnya yang cukup besar. Perempuan, auratnya haruslah dijaga bukan kerana terpaksa tetapi kerana kita ialah hamba Allah. Siapa kita untuk menolak hukum Allah? Perempuan, sedarkah bahawa menutup aurat itu kelihatan lebih comel dengan memelihara segalanya yang berharga. Kalian harus mengerti bahawa yang bukan aurat bagi seorang perempuan ialah wajahnya dan tapak tangannya. Maka, lengan dan kaki adalah aurat bagi seorang perempuan. Jangan pernah mempertikaikan apa yang disuruhNya. Pasti ada hikmah setiap apa yang Dia wahyukan. Pernah makan gula-gula? Jika diberikan pilihan, gula-gula yang terbuka daripada pembalutnya dan gula-gula yang masih terpelihara anggotanya. Adakah kalian akan memilih gula-gula yang tiada apa di atasnya. Katakanlah, perempuan kini memakai baju  yang serupa tidak cukup kain, seperti gula gula yang hanya dibalut hanya separuh, daripada perempuan yang seluruh badannya tertutup molek, seperti gula-gula yang masih penuh pembalut di atasnya. Jika anak kecil pun masih tahu untuk menilai mana yang sepatutnya dia ambil, apatah kita yang sudah cukup akal untuk dapat membezakan dimana baik dan buruk. Bukan mahu katakan bahawa gula-gula yang tidak tertutup sepenuhnya tidak elok untuk dimakan, tetapi mungkin gula-gula tersebut sudah terkena serpihan habuk atau seperca kuman. Jadi, sebelum beberapa atau mungkin berpuluh semut menghampiri, apakata kita balutkan kembali gula gula tersebut supaya ia terpelihara. Memang akan ramai yang berkata, pedulikan mereka. Siapa mereka berbanding kita yang sedang mecari redha Allah? Faham bukan? Ada sebuah ayat yang dikemukan oleh sesetengah individu yang berprasangka bahawa " Buat apa bertudung kalau masih mencarut " , " Buat apa solat kalau masih buat dosa " , " Buat apa puasa kalau tidak solat " , " Orang bertudung ni bukan baik mana pun, solat tak tentu cukup " , " Orang pakai tudung ni bukan tentunya masuk Syurga " , " Sedangkan Ustaz dan Ustazah pun belum tentu lagi terus ke Syurga ". Okay sini Intan jelaskan. Yang pertama bagi orang yang tidak menutup auratnya dengan sempurna tetapi telah menghukum sesetengah individu yang bertudung tetapi membuat dosa dihadapannya jadi Intan mahu katakan jangan disebabkan setitik nila, habis rosak susu sebelanga. Tahu apa? Allah menjadikan manusia tidak sempurna. Iman manusia kadang goyah kadang rapuh. Kadang naik kadang turun. Manusia, tidak terlepas dari melakukan dosa. Intan tidak kata yang bertudung ini selayaknya di Syurga apatah lagi yang berpurdah. Faham apa konsep Iman? Jadi haruslah diakui bahawa para alim ulama juga pernah melakukan dosa. Jadi tidak perlulah membangkitkan isu untuk menolak hukum Allah. Memang benar orang yang bertudung ini tidak tentu akhirnya Syurga tetapi faham apa dengan jalan ke Syurga? Memang dia melakukan dosa, ya memang benar. Tetapi sekurang-kurangnya dia mengikut apa yang katakan daripada kamu yang hanya untuk menghukum tanpa ada sedikitpun rasa untuk mengenali Islam. Inilah dikatakan dengan "Islam hanya atas Kad Pengenalan" Sama juga seperti kamu yang berwarganegara Malaysia tetapi hidup dan kerja di Bumi Barat bukan? Tidak salah. Tetapi jangan sampai tidak kenal asal usul dari mana kamu dilahirkan. Ustaz Ustazah tidak tentu dilayakkan ke Syurga. Tetapi kalian faham apa tugas sebenar manusia di atas muka bumi ini? Seluruh umat yang beragama Islam WAJIB menyampaikan kebaikan walau satu ayat. WAJIB untuk berdakwah. Jadi Ustaz dan Ustazah ini melakukan amal kebajikan untuk menyebarkan dakwah kepada semua generasi yang kini kian pudar mengikut peredaran zaman. Jadi mengapa perlu timbul isu untuk merendahkan agama sendiri. Tahu apa? Hukum bunuh perlu dilaksanakan kepada orang yang mempersendakan agama Islam. Kamu tidak rasa kamu digolongan orang kian hampir kepada riddah iaitu golongan yang berpaling daripada agama Islam. " Jauhilah diri daripada orang yang menjadikan agama sebagai permainan dan hiburan. Mereka pula telah terpedaya dengan kehidupan dunia dan peringatkanlah mereka dengan al-Quran supaya mereka tidak terjerumus ke neraka di akhirat disebabkan perbuatan mereka yang buruk dan keji. Tidak ada pelindungan dan pemberi syafaat kecuali Allah. Sekiranya mereka hendak membebaskan diri mereka dengan segala jenis penebusan semuanya tidak diterima lagi. Mereka ini ialah golongan yang dijerumuskan ke dalam neraka dengan sebab usaha mereka. Mereka diberi minum daripada air panas yang menggelegak dan ditimpa azab disebabkan mereka kufur.'' ( Surah Al-An'am: Ayat 70 ) Kufur ialah tidak percaya kepada Allah dan mengingkari ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Pernah dibicarawarakan bahawa bagaimana pula dengan mereka yang solat tetapi tidak menutup aurat? Begini, seperti yang sudah sedia maklum bahawa solat pencegah kemungkaran. Jadi jika seseorang itu solatnya sempurna, solatnya khusyuk dan dia benar benar berlaku ihsan ketika dalam solatnya, maka dia tidak akan terjerumus ke dalam kesesatan. Ihsan bermakna menunaikan solat seolah-olah kamu melihat Allah atau sesungguhnya Allah melihat kamu. Fikirlah apa jua yang dikemukakan tetapi tiada hujah yang benar seperti apa yang sudah dijawab semuanya oleh Allah di dalam wahyuNya. Jadi manusia, perlukah kamu takut untuk berubah hanya kerana risaukan beberapa manusia yang Allah pinjamkan mulutnya dan dia gunakan untuk mempertikaikan apa yang kamu lakukan? Beginilah, yang pertama. Cari apa sebenarnya sebab untuk kamu berubah. Buka hati. Buka fikiran. Buka Jiwa untuk benar benar mahukan rahmat Allah. Kalau sungguh mahu berubah, tetapkan hati. Cuba lakukan. Atau pada mulanya kamu lakukan untuk orang yang kamu sayang. Contohnya ibu bapa kamu. Kamu ingin melihat mereka bahagia bukan? Lakukan untuk mereka. Berubah sedikit demi sedikit. Lakukannya secara berterusan tanpa sekalipun kamu melangkahinya. Percaya ini, dalam perubahan ada pelbagai rintangan yang Allah datangkan oleh kerana Allah mahu lihat sejauh mana usaha kita untuk mendapatkan Dia. Jika terkadang rasa payah, ingat itu semua Syaitan. Ingat wajah yang benar kamu sayang. Ingat apa sebenarnya misi kamu untuk berubah. Lepas kamu rasa goyah, dekatkan diri dengan Allah. Bagaimana? Tarik Al-Quran dan bacalah walaupun sebaris ayat. Kalau rasa diri lemah, menangislah meminta petunjukNya. Menangislah meminta pertolonganNya. Menangislah mengadu segalanya. DIA Allah YaRahim Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Dia Mendengar apa sahaja luahan hambaNya. Dia suka apabila hambaNya bergantung harap padaNya. Percaya Intan, Allah itu Maha Adil yang menguasai Alam Semesta. Kamu lakukan perubahan itu sehingga hati kamu kenal erti istiqomah. Dan saat itu kamu akan mencapai suatu perkara yang dinamakan Kemanisan Iman. Kemanisan Iman dari sudut istilah ialah berasa gembira dalam melakukan ibadah. Tahu apa? Intan sendiri juga sedang berusaha ke arah itu. Jika terlihat salahnya Intan, mohon jangan diikuti atau dipertikaikan. Kerana Intan hanya Manusia yang bodoh dek akalnya. Lemah dek Imannya

Berubah untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah (II)

Disini Intan sertakan bagaimana kita seorang hamba Allah yang kerdil mahu MendekatiNya yang pertama dengan cara Tawwabun (Orang-orang yang Bertaubat)  seperti yang telah Intan ceritakan diatas. Kedua, Mutawakkilun (Orang-orang yang Bertawakal) "... dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) Nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah) sesiapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah cukup baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya) Sesungguhnya Allah tetap melakukan setiap perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap tiap sesuatu" ( At-Talaq 65:2-3). Ketiga, Mujahidun (Orang-orang yang Berjihad) "Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), tidak ada permusuhan lagi bagi orang-orang yang zalim" (Al-Baqarah 2:193). Keempat, Khasyi'un (Orang-orang yang Khusyuk dalam Solat) "Dan mereka segera tunduksujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk" (Al-Isra' 17:109). Kelima, Munfiqun (Orang-orang yang Gemar Bersedekah) "Orang-orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan maka mereka mendapat pahal disisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Al-Baqarah 2:274). Keenam, ZakirunaAllah (Para Ahli Zikir) "Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu dimuka bumi; dan carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak banyak (berzikir) supaya kamu beruntung. (Surah Al-Jum'ah 62:10). Ketujuh, Sabirun (Orang-orang yang Sabar) "Kecuali orang-orang yang bersabar (terhadap bencana) dan mengamalkan amal-amal soleh, mereka itu beroleh keampunan dan pahala yang besar (Surah Hud 11:11). "Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yan sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?" (Surah Al-Imran 3:142). Kelapan, Amal Anbiya' wal Mursalun (Amalan Para Nabi dan Rasul) "Demi sesungguhnya, adalah diri kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" (Surah Al-Ahzab 33:21). Kesembilan, Mukhlisun (Orang-orang yang Ikhlas Beramal) "Bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang dia (ikhlas) membuat kebajikan maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati" (Surah Al-Baqarah 2:112). Kesepuluh, Amal Waliyullah (Amalan Para Kekasih Allah) "Ingatlah sesungguhnya terhadap wali-wali Allah itu tiada kebimbangan dan tidak pula mereka bersedih hati" (Surah Yunus 10:62) Waliyullah ialah orang orang yang dikasihi Allah. Apabila Allah berkenan menjadikan seseorang sebagai wali-Nya, dibukalah pintu hijab sehingga dia selalu berzikir kepada Allah dan merasakan kenikmatan dalam beribadat kepadaNya. Kesebelas, Ashabul Maimanah (Golongan Kanan) "Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? Iaitu memerdekakan hamba abdi, atau memberi makan pada hari kelaparan (kepada) anak yatim dari kaum kerabat, Atau kepada orang miskin yang sangat fakir. Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk selalu bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. Mereka adalah golongan kanan." (Surah Al-Balad 90:12-18). Keduabelas, Hafizun (Orang-orang yang Amanah). Amanah secara bahasa bermakna al-wafa'(memenuhi) dan wadi'ah(diserahkan). Secara definisi bermakna memenuhi apa yang diserahkan yang berupa segala kewajipan yang sudah diberikan seseorang, baik yang berhubungan dengan Allah (Habluminallah) mahupun dengan manusia (Habluminannas). Tidak sempurna Iman seseorang yang tidak menyampaikan amanah dan tidak sempurna agama seseorang yang tidak menunaikan janji (H.R. Ahmad). Ketigabelas, Syakirun (Orang-orang yang Bersyukur) "Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu; Demi Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmat Ku kepada kamu dan Demi Sesungguhnya, jika kamu kufur dan ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras. (Surah Ibrahim 14:7). Keempatbelas, Muttaqun (Orang-orang yang Bertaqwa). Sabda Rasulullah SAW pada Haji Wada' ; Wahai manusia, Sesungguhnya Tuhanmu satu dan Bapamu satu, setiap kamu berasal dari Adam, sedang Adam dari tanah. Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu, tidak ada kelebihan orang Arab dan orang bukan Arab, Kecuali Taqwa (Mutafaq 'Alaih). Kelimabelas, Ulama (Ahli Ilmu Agama). Rasulullah SAW menyampaikan jika Allah mencabut ilmu, Allah akan mewafatkan para ulama sehingga jika Allah tidak meninggalkan seorang ulama pun lalu orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang yang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan. (H.R. Bukhari Muslim). Keenambelas, Al-Abrar (Pelaku Kebajikan) " Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan) tetap berada di Syurga yang penuh nikmat (Surah Al-Mutaffifin 83:22). Ketujuhbelas, Shadiqun (Orang-orang yang Jujur) "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar (dalam segala perkara)" (Al-Ahzab 33:70). Kelapanbelas, Mukminun (Orang-orang yang Beriman) "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman" (Surah Al-Mukminun 23:1). Yang Terakhir, Ulil Albab (Ahli Fikir) "Allah menganugerahkan al Hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang dianugerahkan hikmah, dia benar-benar telah dianugerahi kurniaan yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal lah yang dapat mempelajari ilmu (pelajaran) (dari Firman Allah)" (Surah Al-Baqarah 2:269). Semuanya telah jelas bahawa cara untuk mendekati Allah mungkin bagi kita sukar. Tapi cubalah selagi pintu Taubat masih terbuka. Dalam hidup ini, terkadang paksaan diri itu penting untuk memupuk sebuah jiwa yang luhur. Jazakallahukhairankhathira. Fi Hifzillah, Assalamualaikum. Al-Fatihah.