Friday, 20 March 2015

Berubah untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah (I)

Assalamualaikum.
Pernah ada yang kata. Pernah juga hati meluahkan rasa. Pernah bibir berbicara. Pernah fikiran melonjak ketara. Tentang sebuah perubahan. Perubahan yang mungkin merubah setiap persepsi masyarakat terhadap kita. Perubahan yang semua orang kata mahu menunjuk nunjuk. Perubahan yang mungkin membuang kita daripada sebuah perhubungan. Perubahan yang akan membuatkan semuanya pergi jauh dan ketika itu baru kita sedar tentang siapa yang sebenarnya ikhlas bersama kita. Faham apa yang cuba Intan rungkaikan? Individu kini takut mahu berubah walaupun sudah terniat dek hati yang kecil. Tahu kenapa? Kerana mereka fikirkan kata kata orang sekeliling. Kerana mereka takutkan persahabatan yang tidak kukuh dek Iman akan musnah disebabkan perubahan. Kerana mereka tidak pasti sama ada Allah akan menerima mereka untuk kembali ke landasan yang benar. Cuba kita imbas kembali apa sebenarnya maksud Tawwabun. Taubat dari sudut istilahnya ialah kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangannya. "Adapun orang-orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal soleh , semoga ia termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman" (Surah Al-Qasas 28:67) Cuba fikirkan mengapa Allah mengalu-alukan hambanya untuk bertaubat? Kerana Allah pengasih lagi maha penyayang. Allah tidak kejam sehingga manusia tidak diberi peluang kali kedua untuk memperbetulkan akhlaknya. Malah Allah kini membuka seluasnya pintu taubat bukan hanya buat kali kedua tetapi sejuta kali mahunya untuk hambanya yang disayangi. Betapa sayangnya Allah pada makhluk ciptaannya walaupun manusia kini ingkar dengan Al Quran dan As Sunnah. Lalu Allah turunkan Nabi Muhammad daripada kalangan manusia supaya mereka sedar bahawa bukan para malaikat sahaja yang mampu membuat kemuliaan seperti Nabi Muhammad. " Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (Nabi Muhammad) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu dia pula melimpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang beriman. Kemudian jika mereka ingkar maka katakanlah (wahai Muhammad) cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku) tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkanNya. Kepadanya aku berserah diri dan dialah yang mempunyai Arasy yang besar. ( Surah At-Taubah: Ayat 128-129 ) Sudah terang lagi bersuluh Allah senang akan manusia yang ingin membuat perubahan ke arah kebaikan. Tidak perlu merendah diri tentang siapa diri kita sebelumnya. Apa yang penting kita berubah mengikut syariat Islam. Biar orang kata apa tentang pakaian kita pada sebelumnya, tapi kini biarlah kita faham tentang manusia perlu menutup aurat kerana hikmahnya yang cukup besar. Perempuan, auratnya haruslah dijaga bukan kerana terpaksa tetapi kerana kita ialah hamba Allah. Siapa kita untuk menolak hukum Allah? Perempuan, sedarkah bahawa menutup aurat itu kelihatan lebih comel dengan memelihara segalanya yang berharga. Kalian harus mengerti bahawa yang bukan aurat bagi seorang perempuan ialah wajahnya dan tapak tangannya. Maka, lengan dan kaki adalah aurat bagi seorang perempuan. Jangan pernah mempertikaikan apa yang disuruhNya. Pasti ada hikmah setiap apa yang Dia wahyukan. Pernah makan gula-gula? Jika diberikan pilihan, gula-gula yang terbuka daripada pembalutnya dan gula-gula yang masih terpelihara anggotanya. Adakah kalian akan memilih gula-gula yang tiada apa di atasnya. Katakanlah, perempuan kini memakai baju  yang serupa tidak cukup kain, seperti gula gula yang hanya dibalut hanya separuh, daripada perempuan yang seluruh badannya tertutup molek, seperti gula-gula yang masih penuh pembalut di atasnya. Jika anak kecil pun masih tahu untuk menilai mana yang sepatutnya dia ambil, apatah kita yang sudah cukup akal untuk dapat membezakan dimana baik dan buruk. Bukan mahu katakan bahawa gula-gula yang tidak tertutup sepenuhnya tidak elok untuk dimakan, tetapi mungkin gula-gula tersebut sudah terkena serpihan habuk atau seperca kuman. Jadi, sebelum beberapa atau mungkin berpuluh semut menghampiri, apakata kita balutkan kembali gula gula tersebut supaya ia terpelihara. Memang akan ramai yang berkata, pedulikan mereka. Siapa mereka berbanding kita yang sedang mecari redha Allah? Faham bukan? Ada sebuah ayat yang dikemukan oleh sesetengah individu yang berprasangka bahawa " Buat apa bertudung kalau masih mencarut " , " Buat apa solat kalau masih buat dosa " , " Buat apa puasa kalau tidak solat " , " Orang bertudung ni bukan baik mana pun, solat tak tentu cukup " , " Orang pakai tudung ni bukan tentunya masuk Syurga " , " Sedangkan Ustaz dan Ustazah pun belum tentu lagi terus ke Syurga ". Okay sini Intan jelaskan. Yang pertama bagi orang yang tidak menutup auratnya dengan sempurna tetapi telah menghukum sesetengah individu yang bertudung tetapi membuat dosa dihadapannya jadi Intan mahu katakan jangan disebabkan setitik nila, habis rosak susu sebelanga. Tahu apa? Allah menjadikan manusia tidak sempurna. Iman manusia kadang goyah kadang rapuh. Kadang naik kadang turun. Manusia, tidak terlepas dari melakukan dosa. Intan tidak kata yang bertudung ini selayaknya di Syurga apatah lagi yang berpurdah. Faham apa konsep Iman? Jadi haruslah diakui bahawa para alim ulama juga pernah melakukan dosa. Jadi tidak perlulah membangkitkan isu untuk menolak hukum Allah. Memang benar orang yang bertudung ini tidak tentu akhirnya Syurga tetapi faham apa dengan jalan ke Syurga? Memang dia melakukan dosa, ya memang benar. Tetapi sekurang-kurangnya dia mengikut apa yang katakan daripada kamu yang hanya untuk menghukum tanpa ada sedikitpun rasa untuk mengenali Islam. Inilah dikatakan dengan "Islam hanya atas Kad Pengenalan" Sama juga seperti kamu yang berwarganegara Malaysia tetapi hidup dan kerja di Bumi Barat bukan? Tidak salah. Tetapi jangan sampai tidak kenal asal usul dari mana kamu dilahirkan. Ustaz Ustazah tidak tentu dilayakkan ke Syurga. Tetapi kalian faham apa tugas sebenar manusia di atas muka bumi ini? Seluruh umat yang beragama Islam WAJIB menyampaikan kebaikan walau satu ayat. WAJIB untuk berdakwah. Jadi Ustaz dan Ustazah ini melakukan amal kebajikan untuk menyebarkan dakwah kepada semua generasi yang kini kian pudar mengikut peredaran zaman. Jadi mengapa perlu timbul isu untuk merendahkan agama sendiri. Tahu apa? Hukum bunuh perlu dilaksanakan kepada orang yang mempersendakan agama Islam. Kamu tidak rasa kamu digolongan orang kian hampir kepada riddah iaitu golongan yang berpaling daripada agama Islam. " Jauhilah diri daripada orang yang menjadikan agama sebagai permainan dan hiburan. Mereka pula telah terpedaya dengan kehidupan dunia dan peringatkanlah mereka dengan al-Quran supaya mereka tidak terjerumus ke neraka di akhirat disebabkan perbuatan mereka yang buruk dan keji. Tidak ada pelindungan dan pemberi syafaat kecuali Allah. Sekiranya mereka hendak membebaskan diri mereka dengan segala jenis penebusan semuanya tidak diterima lagi. Mereka ini ialah golongan yang dijerumuskan ke dalam neraka dengan sebab usaha mereka. Mereka diberi minum daripada air panas yang menggelegak dan ditimpa azab disebabkan mereka kufur.'' ( Surah Al-An'am: Ayat 70 ) Kufur ialah tidak percaya kepada Allah dan mengingkari ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Pernah dibicarawarakan bahawa bagaimana pula dengan mereka yang solat tetapi tidak menutup aurat? Begini, seperti yang sudah sedia maklum bahawa solat pencegah kemungkaran. Jadi jika seseorang itu solatnya sempurna, solatnya khusyuk dan dia benar benar berlaku ihsan ketika dalam solatnya, maka dia tidak akan terjerumus ke dalam kesesatan. Ihsan bermakna menunaikan solat seolah-olah kamu melihat Allah atau sesungguhnya Allah melihat kamu. Fikirlah apa jua yang dikemukakan tetapi tiada hujah yang benar seperti apa yang sudah dijawab semuanya oleh Allah di dalam wahyuNya. Jadi manusia, perlukah kamu takut untuk berubah hanya kerana risaukan beberapa manusia yang Allah pinjamkan mulutnya dan dia gunakan untuk mempertikaikan apa yang kamu lakukan? Beginilah, yang pertama. Cari apa sebenarnya sebab untuk kamu berubah. Buka hati. Buka fikiran. Buka Jiwa untuk benar benar mahukan rahmat Allah. Kalau sungguh mahu berubah, tetapkan hati. Cuba lakukan. Atau pada mulanya kamu lakukan untuk orang yang kamu sayang. Contohnya ibu bapa kamu. Kamu ingin melihat mereka bahagia bukan? Lakukan untuk mereka. Berubah sedikit demi sedikit. Lakukannya secara berterusan tanpa sekalipun kamu melangkahinya. Percaya ini, dalam perubahan ada pelbagai rintangan yang Allah datangkan oleh kerana Allah mahu lihat sejauh mana usaha kita untuk mendapatkan Dia. Jika terkadang rasa payah, ingat itu semua Syaitan. Ingat wajah yang benar kamu sayang. Ingat apa sebenarnya misi kamu untuk berubah. Lepas kamu rasa goyah, dekatkan diri dengan Allah. Bagaimana? Tarik Al-Quran dan bacalah walaupun sebaris ayat. Kalau rasa diri lemah, menangislah meminta petunjukNya. Menangislah meminta pertolonganNya. Menangislah mengadu segalanya. DIA Allah YaRahim Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Dia Mendengar apa sahaja luahan hambaNya. Dia suka apabila hambaNya bergantung harap padaNya. Percaya Intan, Allah itu Maha Adil yang menguasai Alam Semesta. Kamu lakukan perubahan itu sehingga hati kamu kenal erti istiqomah. Dan saat itu kamu akan mencapai suatu perkara yang dinamakan Kemanisan Iman. Kemanisan Iman dari sudut istilah ialah berasa gembira dalam melakukan ibadah. Tahu apa? Intan sendiri juga sedang berusaha ke arah itu. Jika terlihat salahnya Intan, mohon jangan diikuti atau dipertikaikan. Kerana Intan hanya Manusia yang bodoh dek akalnya. Lemah dek Imannya

No comments:

Post a Comment