Tuesday 28 June 2016

His Servant

Bila kau tengah jatuh, bila kau rasa down sangat. Rasa tak mampu dah nak lalui semuanya. Bila kau dah rasa giveup dengan life. Putus asa seputus putusnya. Bila kau memang dah rasa takkan kuat. Semangat tu hilang. Rebah, rapuh luluh seketul daging dalam badan yang bernama hati. Hancur semuanya. Kau rasa takde siapa nak faham kau. Rasa tak penting pun untuk kau wujud di dunia ni. Rasa kau terlalu bodoh dan menyusahkan semua orang. Rasa bebal kerana buat dosa yang kau sendiri tak mampu kawal. Bila kau rasa nak menangis tapi semua kawan tak hirau. Bila kau cerita mereka tak endah. Bila kau cuba happy mereka fikir kau paling bahagia. Bila kau kuatkan hati taknak menangis sebab rasa takde yang sayang kau. Kau kecewa semua orang lupa kau juga perlukan perhatian. Bila kau pandai tapi sikit pun tak dihargai. Bila kau kaya tapi tak disayangi. Bila kau miskin malah dihina durjana. Bila kau dah usaha tapi tak menjadi. Bila kau dah cuba tapi kau gagal. Dan Bila kau baca semua ni, sebenarnya kau lupa, ya, kau tu yang lupa Pencipta kita. Tak. Aku tak baik pun. Aku pernah rasa sebahagian dari apa yang mereka diluar sana rasa. Dan bila aku fikir balik, rupanya aku belum letak Allah dalam hati. Berapa ramai yang sungguh sungguh hanya Allah yang pertama dihati? Ya aku tahu semua nak. Tapi aku tanya berapa ramai? Tak, tak ramai punkan. Aku tak menafikan yang lahir daripada keluarga yang bukannya warak susah sangat nak letak Allah tu setingginya. Betulkan? Sebab aku pun macam tu. Tapi mungkin aku bertuah sebab aku masih tahu batas semuanya. Walau kadang tu aku pun buat dosa melampau. Tu aku. Aku lupakan bila aku senang. Bila aku jatuh? Aku salahkan Allah. Syaitan kata, "buat apa nak doa dari Allah sedangkan Allah tu sikit pun tak pandang insan hina macam kau". Weh, tu Syaitan kata. Dulu pun bila aku jatuh, kerap aku salahkan takdir Allah. Macam macam aku soal. Sampai dah rasa diri ni Tuhan. Tambahnya bila Mak aku dah meninggal. Kalau kau perasan, sampai sekarang hanya sekali dua je aku guna perkataan "Arwah" untuk Mak aku. Aku jahat sebenarnya. Tak pernah nak buat mak aku bahagia ada anak macam aku. Bila dah takde Mak tu? Sampai sekarang menyesalnya tak sudah. Rasa macam memang dah ahli neraka. Kau tu derhaka. Semua tu bila Iman aku betul betul paras hidung. Aku fikir Allah tu tak pernah pun nak kisah pasal hidup aku. Dia main bagi je apa yang dia nak. Aku jahat, betul aku cakap. Aku selalu down sendiri. Aku ni salah satu manusia yang sangat negatif.

TAPI, PERCAYALAH. Sebenarnya sikit pun Allah tak pernah lupakan kita. Allah atur semua ni cantik sangat. Kau taktahu kasih sayang Allah tu terlalu besar dan bila kau sedar kau akan menangis sebab kau HAMBA YANG SANGAT JAHIL DAN BODOH DURJANA! YA AKU CAKAP KAU BODOH! Kau persoalkan apa yang Allah dah aturkan. Wei kalau kau tahu skrip kehidupan kau macam mana. Kau lah yang paling bahagia. Percayalah, aku bukan seorang muslimah atau wanita yang solehah, tapi aku pernah rasa sakitnya bila kau sayang orang yang tak sayangkan kau. Kau tak fikir ke Allah tu Sayang kat kita tapi kau? Berlagak macam kau Tuhan yang cipta alam semesta. Satu je aku nak pesan. Hargai Mak kau. Hargai Ayah kau. Jangan kagum sangat dengan dunia fana ni. Percayalah Allah tu sayang kau. Dia tengah atur yang terbaik untukkau. Weh sabarlah. Aku tahu gembira mana pun kau dalam dunia ni. Kau mesti ada satu perasaan yang kau nak cari satu ketenangan yang puas. Aku pernah baca. Orang kafir pun nak cari Allah wei. Allah kita wei. Its come with words "The Fear Of Unknown". Aku tahu kau tengah cari jalan nak berubah. Satu je aku nak cakap, Bila rasa nak sangat mengadu dan sujud kat Allah tu. Teruslah ambil wudu'. Terus solat. Lama lama kau akan rasa, itulah apa yang Allah nak tunjuk. Allah sayang kau. Aku pun sayangkan kau.

HIS SERVANT, norintansyawani.

Monday 20 June 2016

Sayup

Assalamualaikum. Bila korang baca je apa yang Intan taip ni, maka termaktublah Intan tengah mulakan hidup baru. As a student maybe? Alhamdulillah, Intan kat sini okay okay je. Banyak pengalaman baru yang Intan dapat belajar kat sini. Tahutak? Intan minta bunga dari Allah. Tapi Allah bagi Intan madu yang sesungguhnya lebih indah rasanya dari manisan di bunga. Intan dapat natural madu from lebah. Hahaha. Alhamdulillah, kat sini Intan dapat ramai kawan yang baik. Yang boleh bertolak ansur. Cuma, itulah mana nak sama dengan kawan kawan Intan semua yang kat Perak. Duduk sini, tak terlepas pun dari dugaan. Allah sayang kan. Jadi kena kuat. Sebenarnya, lately ni Intan sungguh rindukan Mak. Apa tah reaksi Mak kalau mak tahu Intan masuk belajar jauh dari tempat asal. Mesti Mak seronok kan? Along kata, "dulu dah penat tahan semua. Sekarang Allah hantar kamu jauh dari sini. Allah bagi kamu tempat yang sangat tenang". Taktahu kenapa, Intan dah penat nak susahkan semua orang yang Intan sayang. Intan rasa nak hidup sendiri. Intan belajar sendiri. Dah senang nanti Intan balik. Masatu baru Intan nak buktikan kat semua orang, Intan pernah usaha untuk jadi yang terbaik. Cuma sebelum ni kecundang sebab Mak pergi tanpa amaran. jauh macamtu je. Ya, SPM Intan buat main main. Sebab Intan rasa untuk apa nak belajar. Siapa pun takkisah pasal hidup aku lepas Mak takde. Anak bongsu ni orang kata manja. Intan luaran manja. Tapi Alhamdulillah, sejak dua tahun lepas, Mak ajar Intan hidup berdikari. Berdiri atas kaki sendiri. bukan berharap pada ranting yang rapuh. Pada semua kawan Intan yang rasa Intan makin jauh. Intan kat sini tengah cuba sesuaikan diri. Kadang takde masa lansung nak bukak phone. Malam kadang dah penat. Intan tengah cuba nak hidup sendiri. Intan mohon doa kalian. Intan tahu korang rindu lawak jenaka Intan kan. Intan takkan berubah. Cuma Intan akan perbaiki diri kat sini. Mak, Intan minta maaf kalau kadang Intan terlupa dengan Mak. Kalau terkadang Intan masih menolak takdir. Sebabkan itulah, Intan kecundang sekarang. Mak, taktahulah kenapa. Rindunya yang teramat sampai buatkan Intan selalu sedih bila kawan sebilik Intan sebut pasal makanan yang mak diorang masak kat rumah. Hahahahahaha nampak kelakar. Tapi, luluhnya hati tu, Allah je tahu. Bila kita takpernah pun rasa air tangan Mak kita. Sebab Mak dah sakit sejak Intan darjah satu lagi. Dan bila mak dah jauh sejak dua tahun lepas. Hidup ni bila kita kuat, terasa macam nak rebah sendiri. Tengok apa yang orang ada. Dengan apa yang kita takde. Bukan nak bandingkan atau menolak takdir Allah. Cuma, kenapa manusia lumrahnya susah nak bersyukur dengan apa yang ada? Kenapa manusia fitrahnya takkan menghargai sehingga dah tiada baru tercari? Intan tak marah. Tapi, kesalnya bila melihat semua orang walaupun dah tua masih merasai air tangan masakan ibunya. Tapi Intan, mungkin kalau kali terakhir rasapun waktu Intan umur 5 atau 6 tahun. Dah la Intan, jangan mengeluh dengan apa yang tertulis. Ada pelangi nanti untuk kau okay. Kuatlah Intan. Along Akak Abang, Nanti Intan balas semua jasa jasa korang eh. Along, tak terucap rasanya nak keluarkan sebesar Terima Kasih selama ni jadi kekuatan Intan walaupun sebenarnya Intan takboleh nak kuat. Akak, walaupun kita banyak gaduh. Sekarang kau dah kawin pun. Jaga baby yang bakal lahir tu. Aku sayang anak kau lebih dari nyawa aku sendiri. Sama macam anak anak Along. Abang, ko tahutak ko lah sorangnya abang aku yang terlalu sempurna untuk aku jadi adikk ko. Terima Kasih ko selalu bagi aku nasihat yang akan aku pegang sampai aku jumpa jodoh sebenar aku. Nanti, aku nak bahagiakan kau. Sebab kau selalu kuat bila family kau rebah walaupun aku tahu, kau pun terlalu rindukan Mak kita. Jaga diri eh Abang. Ayah tersayang. Terima kasih sebab selalu ajar Intan perkara untuk Intan lebih berhati hati dalam hidup ni. Tapikan ayah, tolong benarkan Intan bahagiakan Ayah dulu sebelum Ayah nak ikut jejak Mak. Intan tahu Intan anak tak baik macam anak solehah orang lain. Tapi, Intan nak sangat buat ayah gembira sampai ayah rasa bertuahnya Ayah ada anak macam Intan. Ayah, hanya Ayah yang Intan perlu. Hanya doa Ayah yang akan buat Intan berjaya. Doakan Intan eh Ayah. Setiap anak tak mampu nak luahkan depan depan. Persis Intan, Intan tak mampu nak tunjuk sayang Intan ni. Tapi, macam Ayah jugak, Ayah nak terbaik untuk Intan kan. Intan sejuta kali rasa nak yang terbaik buat Ayah Intan ni. Nanti kita satu keluarga jumpa kat pintu Syurga okayy. Mak dengan kakak Aisyah dah tunggu. Nanti kita masuk sama sama eh. Mak, takkuatnya nak cakap. Mak tunggu Intan eh. Mak, Intan nak balik bilik dah. Nanti Intan email Mak lagi okay. Mak kat sana jaga diri. Nanti berbuka masaklah untuk Intan hantar kat sini. Intan, Intan pergi dulu Mak. Assalamualaikum.

                                                                                                  Yang Ikhlas,
                                                                                                   Nor Intan Syawani.
                                                                                                   (Anak Bongsu Mak)