Tuesday 28 June 2016

His Servant

Bila kau tengah jatuh, bila kau rasa down sangat. Rasa tak mampu dah nak lalui semuanya. Bila kau dah rasa giveup dengan life. Putus asa seputus putusnya. Bila kau memang dah rasa takkan kuat. Semangat tu hilang. Rebah, rapuh luluh seketul daging dalam badan yang bernama hati. Hancur semuanya. Kau rasa takde siapa nak faham kau. Rasa tak penting pun untuk kau wujud di dunia ni. Rasa kau terlalu bodoh dan menyusahkan semua orang. Rasa bebal kerana buat dosa yang kau sendiri tak mampu kawal. Bila kau rasa nak menangis tapi semua kawan tak hirau. Bila kau cerita mereka tak endah. Bila kau cuba happy mereka fikir kau paling bahagia. Bila kau kuatkan hati taknak menangis sebab rasa takde yang sayang kau. Kau kecewa semua orang lupa kau juga perlukan perhatian. Bila kau pandai tapi sikit pun tak dihargai. Bila kau kaya tapi tak disayangi. Bila kau miskin malah dihina durjana. Bila kau dah usaha tapi tak menjadi. Bila kau dah cuba tapi kau gagal. Dan Bila kau baca semua ni, sebenarnya kau lupa, ya, kau tu yang lupa Pencipta kita. Tak. Aku tak baik pun. Aku pernah rasa sebahagian dari apa yang mereka diluar sana rasa. Dan bila aku fikir balik, rupanya aku belum letak Allah dalam hati. Berapa ramai yang sungguh sungguh hanya Allah yang pertama dihati? Ya aku tahu semua nak. Tapi aku tanya berapa ramai? Tak, tak ramai punkan. Aku tak menafikan yang lahir daripada keluarga yang bukannya warak susah sangat nak letak Allah tu setingginya. Betulkan? Sebab aku pun macam tu. Tapi mungkin aku bertuah sebab aku masih tahu batas semuanya. Walau kadang tu aku pun buat dosa melampau. Tu aku. Aku lupakan bila aku senang. Bila aku jatuh? Aku salahkan Allah. Syaitan kata, "buat apa nak doa dari Allah sedangkan Allah tu sikit pun tak pandang insan hina macam kau". Weh, tu Syaitan kata. Dulu pun bila aku jatuh, kerap aku salahkan takdir Allah. Macam macam aku soal. Sampai dah rasa diri ni Tuhan. Tambahnya bila Mak aku dah meninggal. Kalau kau perasan, sampai sekarang hanya sekali dua je aku guna perkataan "Arwah" untuk Mak aku. Aku jahat sebenarnya. Tak pernah nak buat mak aku bahagia ada anak macam aku. Bila dah takde Mak tu? Sampai sekarang menyesalnya tak sudah. Rasa macam memang dah ahli neraka. Kau tu derhaka. Semua tu bila Iman aku betul betul paras hidung. Aku fikir Allah tu tak pernah pun nak kisah pasal hidup aku. Dia main bagi je apa yang dia nak. Aku jahat, betul aku cakap. Aku selalu down sendiri. Aku ni salah satu manusia yang sangat negatif.

TAPI, PERCAYALAH. Sebenarnya sikit pun Allah tak pernah lupakan kita. Allah atur semua ni cantik sangat. Kau taktahu kasih sayang Allah tu terlalu besar dan bila kau sedar kau akan menangis sebab kau HAMBA YANG SANGAT JAHIL DAN BODOH DURJANA! YA AKU CAKAP KAU BODOH! Kau persoalkan apa yang Allah dah aturkan. Wei kalau kau tahu skrip kehidupan kau macam mana. Kau lah yang paling bahagia. Percayalah, aku bukan seorang muslimah atau wanita yang solehah, tapi aku pernah rasa sakitnya bila kau sayang orang yang tak sayangkan kau. Kau tak fikir ke Allah tu Sayang kat kita tapi kau? Berlagak macam kau Tuhan yang cipta alam semesta. Satu je aku nak pesan. Hargai Mak kau. Hargai Ayah kau. Jangan kagum sangat dengan dunia fana ni. Percayalah Allah tu sayang kau. Dia tengah atur yang terbaik untukkau. Weh sabarlah. Aku tahu gembira mana pun kau dalam dunia ni. Kau mesti ada satu perasaan yang kau nak cari satu ketenangan yang puas. Aku pernah baca. Orang kafir pun nak cari Allah wei. Allah kita wei. Its come with words "The Fear Of Unknown". Aku tahu kau tengah cari jalan nak berubah. Satu je aku nak cakap, Bila rasa nak sangat mengadu dan sujud kat Allah tu. Teruslah ambil wudu'. Terus solat. Lama lama kau akan rasa, itulah apa yang Allah nak tunjuk. Allah sayang kau. Aku pun sayangkan kau.

HIS SERVANT, norintansyawani.

No comments:

Post a Comment