Monday 18 May 2015

Kasihku kerana dia.

Assalamualaikum.
Sayangs. Jujurnya Intan rindu. Rindukan mereka yang pernah hadir dalam hidup Intan dulu. Sejak Intan kecil. Dan sehingga kini. Sebenarnya, dengan peramah Intan ramai yang mendekat dan sebabkan peramah ini juga ramai yang makin menjauh. Mungkin mereka kira Intan bukan yang tetap pendiriannya tapi sebenarnya percayalah Intan seorang yang setia. Tidak akan pernah lupa. Setiap apa kenangan yang pernah terpalit dalam ingatan. Percayalah. Intan secara perlahannya sedang mengubati hati sendiri bukan kerana benci tetapi terluka itu entah kenapa terlalu dalamnya. Intan sedar maaf dia ikhlas. Tapi kenapa hati Intan tidak pernah untuk kembali seperti sedia kala. Kadang kasihan itu memenuhi jiwa tetapi sakit itu membaluti segala. Intan cuba. Untuk dapatkan semula apa yang pernah Intan punya dulu. Ikutkan hati, Intan pertahankan kerana bukan mudah untuk Intan mengaku seseorang itu sebagai Sahabat. Memang, memang ingin pertahankan. Tetapi pernah rasa? Dulunya kau minatkan dia. Rupanya kalian saling menyayangi. Pernah kau rasa sakitnya aku kerana menjadi seorang yang diperbodohkan. Kadang benar kata orang, kerana Intan terlalu baiknya. Mereka mudah untuk pijak. Mereka jejak seperti Intan tiada nilai apa. Pernah mereka ungkapkan sayang, rupanya? Tidak pernah ikhlas. Bukan untuk menyekat kasih kamu. Tapi cubalah kamu fikir sedalam mana yang kamu lakukan terhadap Intan yang pernah kau akui Intan sebagai kesayangan? Sahabat. Ikutkan hati memang benar aku ingin pertahankan kamu. Rindu rasanya. Sebak hati menanggung semua. Tetapi kerana aku cuba untuk sabar. Dan sabar itu aku sisipkan dan aku cuba lupakan apa yang pernah kalian lakukan. Aku diamkan. Aku butakan mata. Aku hilangkan rasa. Sampai ada yang kata aku tiada perasaan lagi. Pernah kau fikir? Aku yang dulu terlalu sayang persahabatan ini. Kau musnahkan begitu saja. Aku diamkan kerana aku tahu jika benar sayang kau ikhlas, Allah akan beri kembali sayang kau terhadap aku. Sahabat, bukan kerana aku terlalu ego. Bukan kerana aku tak mahu kamu sayangkan dia. Tetapi perkara yang kamu berdua lakukan terlalu sakitnya sehingga kalau terkadang aku dengan kalian, aku terasa betapa bodohnya aku mempercayai mereka. Sekarang, aku cuba lupakan semua. Aku cuba kembalikan rasa. Bila tiap kali kau ungkapkan maaf. Aku cuba. Aku sedang cuba. Tapi inilah hati yang pernah kau goreskan kejamnya sehingga pernah aku anggap kalian pengkhianat. Aku cuba. Cuba untuk tidak memendam rasa. Buang segala dendam atau sakit yang bertapa. Aku cuba. Dengan cara inilah, aku menjauh. Aku pergi. Biarkan kalian berdua. Seronok bersama. Sahabat, dari dulu lagi aku kata. Jagakan dia untuk aku. Kerana, sekali aku sayang selamanya masih sayang. Jagakan kawan baik kamu kerana sebenarnya dia lebih memerlukan kamu. Aku selalu berkata, kawan baik tidak boleh ada dua. Jadi aku, dengan rendah dirinya mengundur. Kerana dia sebenarnya lebih baik dari aku. Lebih segalanya dari aku. Aku tidak punya apa. Jagalah dia persis adik kau sendiri. Sayanglah dia seutuhnya. Jangan pernah kau lakukan dia seperti terjadinya kepada aku kini. Dengar rintihannya. Jadilah sahabat dia sehingga kalian bersama di Syurga. Sahabat, jika dulu kita pernah berjanji untuk pergi ke Kota Suci Makkah bersama. Untuk menggapai cita cita bersama. Ke Universiti yang sama. Tetapi kini aku akan cuba pujukkan hati untuk melupakan semuanya perlahan. Kerana aku tahu. Sahabat kau kini, ialah dia. Yang lebih sempurna. Bawalah dia kesana. Jadikan dia Sahabatmu dunia akhirat. Aku akan cuba lupakan semuanya yang pernah kalian lakukan. Kawan baik sahabatku, Tolonglah aku menjaga sahabatku. Jagalah dia persis kakak kamu. Jadikan dia sahabatmu yang ingin bersama ke Syurga. Tolong satu, Dengarlah segala rintihannya. Pujuklah dia. Beradalah kamu bersama dia tika dia rebah kerana aku, kerana aku, kerana aku tidak lagi mampu bersama dia. Tidak lagi boleh mendengar segala. Tidak lagi ada dalam hatinya. Aku merayu, jagalah dia kerana dia pernah menjad sahabatku. Jagalah dia seutuhnya. Peliharalah hati dia. Aku merayu jadikan dia kakak kamu yang sebenarnya kamu sayang. Jangan kamu buatkan dia seperti kamu pernah buat aku. Aku yang dulu terlalu sayangkan kamu. Tetapi kamu buang seperti sepah. Aku redha. Aku redha dengan kehilangan. Aku diamkan. Aku masih lagi ketawa dihadapan kalian. Aku masih lagi ceria seperti dulu. Usah kalian khuatir akan aku yang pernah kalian perbodohkan. Aku, Aku, Aku, akan mencari hidup sendiri. Aku biarkan kalian berdua. Kecapi bahagia selamanya. Aku akan terus menjadi kawan kalian. Mendoakan persahabatan kalian sehingga mendapat rahmat Allah. Kini, aku sedar. Sebenarnya aku, aku yang bodoh ini. Tiada apa dalam hati mereka. Pintaku hanya satu, Jagakan dia yang pernah menjadi sahabatku sebaiknya. Aku tidak akan maafkan kamu jika sahabatku yang dulu tercela. Sahabat,begitu juga kamu. Tidak akan aku maafkan jika kau sakiti dia yang pernah aku sayang dulu kala. InsyaAllah. Sekarang aku cuba melupakan untuk memaafkan kalian. Sahabat, pesanan terakhir aku. Jadikan seorang hamba Allah yang sebenarnya mengejar akhirat bukan dunia. Jaga Mak dan Abah persis nyawa kau sendiri. Jaga mereka untuk aku. Jika kau sedih, carilah Allah. Dialah segalanya. Dia tahu apa kau rasa. Dia tahu segala yang tersembunyi. Jika kau rapuh, mohon pada dia. Minta ampun. Jika benar kau rebah, ceritakan segalanya pada sahabat baru kau. Aku percaya dialah yang terbaik. Minta pendapat dia walaupun dia masih muda. Dia seorang yang pandai. Percayalah sayang dia terhadap kau terlalu utuh. Rahsia kita berdua yang pernah kita ungkapkan, aku sisipkan kemas dalam hati. Aku biarkan dia berlalu pergi. Rahsia kau, aku jaga sesungguhnya menjaga aibku. Jika nanti aku dah tiada. Tiada dari mata kasar setiap manusia. Jangan pernah kau ingat kenangan kita. Kerana itu amat menyakitkan seperti sekarang yang selalu aku ingat tetapi aku lupa sebenarnya kau sudah tiada dari pegangan aku. Bacakan Al-Fatihah untuk aku bukan untuk meraih simpati kerana aku percaya kita sudah berada di akhir zaman. Tidak mustahil untuk aku pergi dulu. Jangan pernah kau kesal akan segala. Ini ketentuan Dia. Jangan kau risau akan kehidupan mendatang. Aku, Aku akan tetap perhatikan kau. Yang sebenarnya sayang ini tidak pernah berbelah bahagi. Aku jaga kau dari jauh. Aku lihat kau dari jauh. Aku pandang kau dari jauh. Kerana kini, aku tidak mampu untuk dekat. Aku tidak boleh mendekat. Aku ialah manusia yang sedang menyeksa hati sendiri. Kerana aku mahu kau dapat yang terbaik. Sayang itu, tidak boleh ada dua. Percayalah pasti ada yang kurang. Jadi aku titipkan dia buat kau. Sahabat, aku tunggu kau di pintu Syurga. Aku tunggu kau untuk kita bersama. Mungkin bukan didunia, tetapi diakhirat sana. Doakan aku dan aku mendoakan kejayaan kau selamanya. Sahabat ingat ini, aku perhatikan kau dengan perasaan sayang yang tidak pernah berubah. Assalamualaikum. Tulisan penuh bererti, Norintansyawani. Wallahualam. YaAllah, jagakan mereka untukku. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment